Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 7:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Aku diberitahu bahawa 144,000 orang ditandai dengan meterai Allah pada dahi mereka. Mereka berasal daripada dua belas suku Israel;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Bahwa adalah kudŭngar bilangan sagala orang yang dimutriekannya itu, sa’ratus ampat puloh ampat ribu banyaknya yang tŭrmutrie deri pada tiap tiap suku bangsa bani Israil.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Lalu aku mendengar bahawa seratus empat puluh empat ribu daripada semua suku Israel dimateraikan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Aku diberitahu bahawa 144,000 orang ditandai dengan meterai Allah pada dahi mereka. Mereka berasal daripada dua belas suku Israel;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 7:4
17 Iomraidhean Croise  

TUHAN membawa Abram ke luar lalu berfirman, “Pandanglah ke langit dan cubalah hitung bintang; engkau akan mempunyai keturunan sebanyak bintang.”


Pada tiap-tiap batu permata itu mesti diukirkan salah satu nama anak-anak Yakub untuk mewakili dua belas suku Israel.


TUHAN Raja berfirman, “Yang berikut ialah sempadan tanah yang akan dibahagikan kepada dua belas suku Israel. Suku Yusuf harus mendapat dua bahagian.


Sesiapa sahaja yang tinggal di kota itu, daripada semua suku Israel, boleh menggunakan tanah itu untuk bercucuk tanam.


Inilah perkhabaran TUHAN. Dia telah menjatuhkan hukuman kepada negeri Hadrakh dan kota Damsyik. Bukan sahaja suku-suku Israel, tetapi ibu kota negeri Siria juga milik TUHAN.


Yesus berkata kepada mereka, “Percayalah bahawa pada masa Anak Manusia duduk di atas takhta-Nya yang mulia di Dunia Baru Allah, kamu dua belas orang pengikut-Ku juga akan duduk di atas takhta dan memerintah dua belas suku Israel!


Kemudian hamba itu berkata, ‘Tuan, perintah tuan sudah dijalankan, tetapi masih banyak tempat yang kosong.’


Kamu akan makan minum dengan Aku dan memerintah bersama-sama Aku pada waktu Aku menjadi raja. Kamu akan duduk di atas takhta untuk memerintah dua belas suku Israel.”


Janji itu juga diharap-harapkan oleh dua belas suku Israel, sehingga mereka beribadat kepada Allah siang dan malam. Tuanku, justeru kerana harapan itulah hamba dituduh oleh orang Yahudi.


Nabi Yesaya berseru tentang orang Israel, “Sungguhpun bilangan orang Israel sebanyak pasir di laut, hanya sedikit sahaja yang akan diselamatkan;


Saudara-saudaraku sesama umat Allah, yang tercerai-cerai di seluruh dunia. Salam daripadaku, Yakobus, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus.


Kemudian aku melihat dan nampak Anak Domba berdiri di atas Bukit Sion. Bersama-sama-Nya berdiri 144,000 orang yang pada dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya.


Di hadapan takhta, empat makhluk hidup itu, dan pemimpin-pemimpin itu, berdirilah 144,000 orang itu. Mereka menyanyikan satu nyanyian baru, yang tidak dapat dinyanyikan orang lain. Mereka sahajalah yang telah diselamatkan oleh Allah.


dua belas ribu orang daripada setiap suku, iaitu suku Yehuda, Ruben, Gad, Asyer, Naftali, Manasye, Simeon, Lewi, Isakhar, Zebulon, Yusuf, dan Benyamin.


Aku diberitahukan bahawa pasukan berkuda itu berjumlah 200 juta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan