Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 5:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua-dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 BŬRMULA maka kulihat dalam tangan kanan orang yang dudok diatas arash itu suatu kitab yang tŭrtulis didalamnya dan diluarnya, tŭrmutrie dŭngan tujoh mutrie.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Kemudian aku melihat segulungan naskhah di tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta itu. Gulungan itu bertulis kedua-dua belah dan dimaterai dengan tujuh materai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua-dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 5:1
16 Iomraidhean Croise  

Makna tiap-tiap penglihatan akan tersembunyi daripada kamu seperti naskhah gulungan yang bermeterai. Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada seorang yang tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata tidak mungkin kerana naskhah itu bermeterai.


Carilah di dalam kitab TUHAN dan bacalah. Tiada satu pun daripada semua makhluk itu akan hilang atau tanpa pasangan. TUHAN telah menetapkannya, dan Dia sendiri akan mengumpulkan semua makhluk itu.


Kamu, pengikut-pengikutku, harus menyimpan dan memelihara perkhabaran yang telah diberikan Allah kepadaku.


Penglihatan tentang korban pagi dan korban petang yang telah dinyatakan kepadamu itu juga akan berlaku. Tetapi rahsiakanlah hal itu, kerana masih lama lagi sebelum hal-hal itu berlaku.”


Aku memperhatikan lagi, dan kali ini aku nampak sebuah naskhah gulungan terbang di udara.


Tangannya memegang sebuah gulungan naskhah kecil yang terbuka. Dia meletakkan kaki kanannya di laut, dan kaki kirinya di darat.


Mukanya bersinar seperti batu jasper dan batu sardis. Takhta itu dikelilingi oleh pelangi yang bersinar seperti zamrud.


Keempat-empat makhluk itu menyanyikan lagu-lagu kemuliaan, penghormatan, dan kesyukuran kepada Dia yang duduk di atas takhta itu, iaitu Dia yang hidup selama-lamanya. Ketika makhluk-makhluk ini menyanyi,


Lalu aku mendengar semua makhluk di syurga, di bumi, di bawah bumi, dan semua makhluk di dalam laut - pendeknya semua makhluk di alam semesta ini - menyanyi, “Kepada Dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba itu, kami persembahkan pujian dan penghormatan, kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya!”


Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta.


Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan meterai pertama daripada tujuh buah meterai itu. Lalu aku mendengar salah satu daripada empat makhluk itu berkata dengan suara yang mengguntur, “Mari!”


Mereka berseru kepada gunung-gunung dan batu-batu itu, “Timpalah kami dan sembunyikanlah kami daripada pandangan Dia yang duduk di atas takhta dan daripada kemurkaan Anak Domba itu!


Ketika Anak Domba itu memecahkan meterai ketujuh, syurga menjadi senyap selama kira-kira setengah jam.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan