Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 3:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Ketahuilah! Orang yang berpihak kepada Iblis, pendusta-pendusta yang mengaku diri mereka orang Yahudi padahal bukan, akan Aku bawa kepada kamu untuk bersujud di hadapan kamu. Mereka semua akan tahu bahawa Aku mengasihi kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Maka sŭsungguhnya, aku akan mŭnjadikan dia orang kŭnisa Sheitan, yang mŭngatakan dirinya orang Yahudi, tŭtapi bukan, mŭlainkan iya bŭrdusta; bahwasanya, aku kŭlak mŭnjadikan marika itu datang sujud dikakimu, dan iya kŭlak mŭngatahui aku mŭngasihi dikau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Aku akan membuat mereka daripada jemaah Iblis, para pendusta yang bukan Yahudi tetapi mengaku diri orang Yahudi datang kepadamu dan sujud pada kakimu. Sememangnya mereka akan tahu bahawa Aku mengasihimu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Ketahuilah! Orang yang berpihak kepada Iblis, pendusta-pendusta yang mengaku diri mereka orang Yahudi padahal bukan, akan Aku bawa kepada kamu untuk bersujud di hadapan kamu. Mereka semua akan tahu bahawa Aku mengasihi kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 3:9
13 Iomraidhean Croise  

Di tiap-tiap kota dan wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi bersukacita, bergembira, dan berpesta. Bahkan banyak orang menjadi warga bangsa Yahudi kerana mereka takut terhadap bangsa itu.


Akhirnya Musa berkata, “Semua pegawai tuanku akan datang dan bersujud di hadapan hamba. Mereka akan memohon supaya hamba membawa seluruh bangsa hamba meninggalkan negeri ini. Selepas itu hamba akan pergi.” Lalu dengan sangat marah, Musa meninggalkan raja.


Aku akan menyerahkan bangsa-bangsa sebagai ganti nyawa kamu, kerana kamu berharga bagi-Ku, dan kerana Aku mengasihi serta mengendahkan kamu.


TUHAN berfirman kepada Israel, “Kamu akan memiliki kekayaan Mesir dan Etiopia, orang yang tinggi-tinggi dari Seba akan menjadi abdi kamu; mereka terbelenggu dan berjalan di belakang kamu. Mereka akan bersujud di hadapan kamu serta mengaku, ‘Allah menyertai kamu, Dia satu-satunya Allah.


Raja-raja akan menjadi seperti bapa kamu, ratu-ratu akan menjadi seperti ibu kamu. Mereka akan sujud menghormati kamu; mereka akan menghormati kamu dengan rendah hati. Maka kamu akan sedar bahawa Akulah TUHAN; orang yang mengharapkan pertolongan-Ku tidak dikecewakan.”


Anak-anak penindasmu akan datang bersujud untuk menghormati engkau. Semua orang yang pernah menghina engkau akan bersujud pada kaki-Mu. Mereka akan menyebut engkau ‘Kota TUHAN’, ‘Sion, Kota Allah Israel, Allah yang suci’.


Aku bersatu dengan mereka dan Engkau bersatu dengan Aku, supaya mereka benar-benar menjadi satu. Lalu dunia akan tahu bahawa Engkau mengutus Aku dan bahawa Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi Aku.


Aku mengetahui kesusahan kamu; Aku tahu bahawa kamu miskin - tetapi sebenarnya kamu kaya! Aku mengetahui fitnah yang dilemparkan kepada kamu oleh orang yang mengaku diri mereka Yahudi padahal bukan. Mereka dikuasai oleh Iblis!


Setiap keturunanmu yang masih hidup akan pergi kepada imam itu untuk minta wang dan makanan. Dia akan memohon supaya dibenarkan membantu para imam untuk mendapat makanan biar hanya sesuap.’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan