Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 3:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Ingatlah kembali apa yang telah diajarkan kepada kamu dan apa yang telah kamu dengar. Taatilah semuanya dan bertaubatlah daripada dosa kamu. Jika kamu tidak bangun, Aku akan datang kepada kamu seperti pencuri dan kamu tidak akan mengetahui saatnya Aku datang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka sŭbab itu ingatlah angkau bagimana angkau tŭlah mŭnŭrima dan mŭnŭngar itu, pŭganglah tŭgoh tŭgoh, sŭrta bŭrtaubat, maka jikalau tiada kŭlak angkau bŭrjaga, aku akan datang kapadamu spŭrti pŭnchuri, maka tiada angkau kŭlak mŭngatahui pada jam yang manakah aku akan datang padamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Ingatlah semula segala yang telah diajarkan kepadamu dan segala yang telah kamu dengar. Patuhilah segalanya dan bertaubatlah. Jika tidak, Aku akan datang kepadamu sebagai pencuri. Kamu tidak mungkin tahu saatnya Aku datang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Ingatlah kembali apa yang telah diajarkan kepada kamu dan apa yang telah kamu dengar. Taatilah semuanya dan bertaubatlah daripada dosa kamu. Jika kamu tidak bangun, Aku akan datang kepada kamu seperti pencuri dan kamu tidak akan mengetahui saatnya Aku datang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 3:3
24 Iomraidhean Croise  

Kamu akan teringat segala perbuatan yang memalukan dan yang telah menajiskan diri kamu. Kamu akan berasa muak terhadap diri kamu sendiri kerana segala kejahatan yang kamu lakukan itu.


Kamu akan teringat kepada kelakuan jahat dan kesalahan yang kamu lakukan, lalu kamu akan berasa jijik terhadap diri sendiri kerana dosa dan kekejian kamu itu.


Yesus mengakhiri perumpamaan-Nya dengan mengatakan, “Oleh itu, berjaga-jagalah kerana kamu tidak tahu hari ataupun waktunya.”


Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya.


Jika dia datang dengan tiba-tiba, janganlah kamu didapati tidur.


Hal itu demikian kerana kamu sendiri tahu dengan jelas bahawa Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri datang pada malam hari.


Timotius, jagalah baik-baik apa yang telah dipercayakan kepadamu. Jauhkanlah dirimu daripada percakapan yang tidak berguna dan perdebatan yang sia-sia tentang hal-hal yang disebut orang sebagai “Pengetahuan”.


Ikutilah ajaran benar yang telah aku ajarkan kepadamu. Hendaklah engkau tetap berpegang kepada iman dan kasih yang menjadi milik kita kerana bersatu dengan Kristus Yesus.


Itulah sebabnya kita harus lebih bersungguh-sungguh berpegang kepada ajaran-ajaran yang sudah kita dengar, supaya kita tidak meninggalkan kepercayaan kita.


Selama aku masih hidup, aku wajib mengingatkan kamu tentang perkara-perkara itu.


Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Inilah suratku yang kedua kepada kamu. Di dalam kedua-dua pucuk surat ini, aku berusaha untuk membangkitkan fikiran yang murni dengan mengingatkan kamu tentang perkara-perkara ini.


Tetapi Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri. Pada Hari itu, langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh, benda-benda di langit akan terbakar dan musnah, dan bumi dengan segala yang ada di dalamnya akan lenyap.


“Dengarlah! Aku datang seperti pencuri! Berbahagialah orang yang berjaga-jaga dan siap berpakaian, sehingga mereka tidak berjalan dalam keadaan telanjang dan dipermalukan di hadapan umum!”


Tetapi kamu harus terus berpegang kepada apa yang kamu miliki, sehingga Aku datang kelak.


Ingatlah betapa dalamnya kamu sudah jatuh ke dalam dosa. Bertaubatlah daripada dosa kamu dan lakukanlah apa yang kamu lakukan ketika kamu mula-mula percaya kepada-Ku. Jika tidak, Aku akan datang kepada kamu dan menyingkirkan kaki pelita kamu dari tempatnya.


“Dengarlah!” kata Yesus. “Aku akan segera datang! Berbahagialah orang yang mentaati kata-kata nubuat di dalam kitab ini!”


Aku akan segera datang! Jagalah baik-baik apa yang kamu miliki, supaya tidak seorang pun merampas hadiah kemenangan kamu.


Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.


Oleh itu, bangunlah dan perkuatlah apa yang masih ada pada kamu sebelum semuanya mati sama sekali. Hal itu demikian kerana Aku dapati apa yang kamu lakukan masih belum sempurna di sisi Allah-Ku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan