Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 3:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Oleh itu, bangunlah dan perkuatlah apa yang masih ada pada kamu sebelum semuanya mati sama sekali. Hal itu demikian kerana Aku dapati apa yang kamu lakukan masih belum sempurna di sisi Allah-Ku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka jagalah angkau, sŭrta kuatkanlah pŭrkara pŭrkara yang ada tinggal itu, yang hampir mahu mati: kŭrna tiadalah aku dapat pŭkŭrjaanmu itu samporna dihadapan Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Bangunlah dan teguhkanlah apa yang masih ada padamu dan yang hampir mati kerana Kudapati apa yang kamu lakukan belum lagi sempurna di mata Allah-Ku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Oleh itu, bangunlah dan perkuatlah apa yang masih ada pada kamu sebelum semuanya mati sama sekali. Hal itu demikian kerana Aku dapati apa yang kamu lakukan masih belum sempurna di sisi Allah-Ku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 3:2
31 Iomraidhean Croise  

sehingga mereka berjaya membujuknya menyembah tuhan-tuhan lain ketika Raja Salomo sudah tua. Raja Daud, ayahanda Raja Salomo setia kepada TUHAN, Allahnya, tetapi Raja Salomo tidak seperti ayahandanya.


Seperti ayahandanya, Raja Abiam juga berdosa dan tidak taat kepada TUHAN, Allahnya. Baginda tidak seperti Raja Daud, moyangnya.


Raja Amazia melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN, tetapi tidak melakukannya dengan sepenuh hati.


Aku dapat menguatkan kamu dengan nasihatku, dan terus bercakap untuk menghiburkan kamu.


Kuatkanlah tangan yang lemah, dan teguhkanlah lutut yang goyah.


Dia berfirman, “Semua pemimpin umat-Ku buta. Mereka seharusnya memberikan amaran kepada umat-Ku. Mereka tidak tahu apa-apa. Mereka seperti anjing pengawal yang tidak dapat menyalak; mereka hanya tahu tidur dan bermimpi.


Kamu menyangka bahawa perbuatan kamu benar, tetapi Aku akan mendedahkan kelakuan buruk itu, dan berhala-berhala kamu tidak akan dapat menolong kamu.


Aku akan mencari mereka yang hilang, membawa pulang mereka yang sesat, membalut mereka yang luka, dan mengubati mereka yang sakit; tetapi mereka yang gemuk dan kuat akan Kubinasakan, kerana Aku gembala yang melakukan apa yang adil.


Ditimbang bermakna tuanku telah ditimbang dan ternyata terlalu ringan.


Aku menugaskan seorang gembala untuk menggembalakan domba-Ku, tetapi dia tidak menolong domba yang diancam kebinasaan. Dia tidak mencari domba yang sesat, atau mengubati yang luka, ataupun memberikan makanan kepada domba yang sihat. Sebaliknya dia makan daging domba yang paling gemuk, dan mencabut kuku domba.


Mereka melakukan segala sesuatu hanya untuk dilihat orang. Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Alkitab yang diikat pada dahi dan lengan mereka. Perhatikan juga betapa panjangnya rumbai jubah mereka!


Yesus mengakhiri perumpamaan-Nya dengan mengatakan, “Oleh itu, berjaga-jagalah kerana kamu tidak tahu hari ataupun waktunya.”


Sepuluh orang gadis itu bangun lalu memasang pelita.


Setelah tinggal beberapa lama di Antiokhia dia mengunjungi daerah Galatia dan Frigia untuk meneguhkan iman semua pengikut Yesus di situ.


Berikanlah petunjuk-petunjuk kepada Yosua. Kuatkanlah hatinya, kerana dialah yang akan memimpin umat ke seberang sungai untuk menduduki tanah yang engkau nampak itu.’


Tidak lama lagi segala sesuatu akan berakhir. Oleh itu, kamu harus mengawal diri dan berwaspada, supaya kamu dapat berdoa.


Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa.


“Dengarlah! Aku datang seperti pencuri! Berbahagialah orang yang berjaga-jaga dan siap berpakaian, sehingga mereka tidak berjalan dalam keadaan telanjang dan dipermalukan di hadapan umum!”


Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Kamu tidak mengasihi Aku lagi seperti ketika kamu mula-mula percaya kepada-Ku.


“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Sardis: Inilah perkhabaran daripada Dia yang mempunyai tujuh Roh Allah dan tujuh buah bintang itu. Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Kamu dikatakan hidup, padahal kamu mati!


Ingatlah kembali apa yang telah diajarkan kepada kamu dan apa yang telah kamu dengar. Taatilah semuanya dan bertaubatlah daripada dosa kamu. Jika kamu tidak bangun, Aku akan datang kepada kamu seperti pencuri dan kamu tidak akan mengetahui saatnya Aku datang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan