Wahyu 3:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)1 “Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Sardis: Inilah perkhabaran daripada Dia yang mempunyai tujuh Roh Allah dan tujuh buah bintang itu. Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Kamu dikatakan hidup, padahal kamu mati! Faic an caibideilKitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)1 BŬRMULA tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diSardis; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih orang yang ada mŭnaroh tujoh Roh Allah, dan tujoh buah bintang; Bahwa aku mŭngatahui akan sagala pŭkŭrjaanmu, maka angkau adalah mŭmpunyai satu nama yang angkau ada hidop, tŭtapi mati adanya. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo1 “Kepada malaikat jemaah di Sardis, tulislah: Inilah kata-kata daripada Dia yang memiliki tujuh Roh Allah dan tujuh bintang. Aku tahu perbuatanmu. Nama sahaja kamu hidup tetapi sebenarnya mati. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik1 “Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Sardis: Inilah perkhabaran daripada Dia yang mempunyai tujuh Roh Allah dan tujuh buah bintang itu. Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Kamu dikatakan hidup, padahal kamu mati! Faic an caibideil |
Kehadiran mereka mencemarkan perjumpaan makan bersama dengan saudara-saudara seiman, kerana mereka makan dengan rakus dan hanya mementingkan diri sendiri. Mereka seperti awan yang ditiup angin, tetapi tidak membawa hujan. Mereka juga seperti pokok yang tidak menghasilkan buah walaupun pada musim buah. Mereka seperti pokok yang sudah dicabut dengan akarnya dan mati sama sekali.
Inilah makna yang dilambangkan oleh tujuh buah bintang yang engkau lihat di tangan kanan-Ku dan oleh tujuh buah kaki pelita daripada emas itu. Tujuh buah bintang itu melambangkan para malaikat daripada jemaah di tujuh buah tempat itu, dan tujuh buah kaki pelita itu melambangkan jemaah di tujuh buah tempat itu.”