Wahyu 2:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)2 Aku mengetahui apa yang telah kamu lakukan; Aku tahu bahawa kamu bekerja keras dan tabah menanggung penderitaan. Aku tahu bahawa kamu tidak tahan lagi dengan orang jahat. Kamu sudah menguji orang yang mengaku diri mereka rasul padahal bukan, dan kamu sudah mendapati mereka pendusta. Faic an caibideilKitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)2 Bahwa kukŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, dan kalŭlahanmu, dan sabarmu, dan bagimana angkau ta’bulih tŭrtahan akan orang orang yang jahat itu; dan angkau tŭlah mŭnchobai akan orang orang yang mŭngatakan dirinya rasul rasul itu, tŭtapi bukannya, dan angkau tŭlah mŭndapati marika itu pŭmbohong adanya: Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo2 Aku tahu perbuatanmu, jerih payahmu dan ketabahanmu. Aku tahu bahawa kamu tidak tahan lagi dengan kejahatan orang durjana. Kamu telah menguji orang yang membuat pengakuan palsu bahawa mereka rasul padahal mereka bukan, dan kamu telah mendapati mereka itu pendusta. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik2 Aku mengetahui apa yang telah kamu lakukan; Aku tahu bahawa kamu bekerja keras dan tabah menanggung penderitaan. Aku tahu bahawa kamu tidak tahan lagi dengan orang jahat. Kamu sudah menguji orang yang mengaku diri mereka rasul padahal bukan, dan kamu sudah mendapati mereka pendusta. Faic an caibideil |
Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Janganlah percaya kepada semua orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai Roh Allah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui sama ada roh yang ada pada mereka itu berasal daripada Allah atau tidak. Hendaklah kamu berbuat demikian kerana banyak nabi palsu telah pergi ke serata tempat.