Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 2:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 “Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Efesus: Inilah perkhabaran daripada Dia yang memegang tujuh buah bintang pada tangan kanan-Nya dan yang berjalan di antara tujuh buah kaki pelita daripada emas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 BŬRMULA tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diEfesus; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih yang mŭmŭgang tujoh buah bintang pada tangan kanannya itu, yang bŭrjalan ditŭngah tŭngah tujoh kaki dian yang kaamasan itu;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 “Kepada malaikat jemaah di Efesus, tulislah: Inilah firman daripada Dia yang memegang tujuh bintang di tangan kanan-Nya dan yang melangkah di antara tujuh kaki pelita daripada emas:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 “Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Efesus: Inilah perkhabaran daripada Dia yang memegang tujuh buah bintang pada tangan kanan-Nya dan yang berjalan di antara tujuh buah kaki pelita daripada emas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 2:1
20 Iomraidhean Croise  

Penguasa harus masuk ke Rumah TUHAN bersama-sama rakyat, dan keluar bersama-sama rakyat.


Hal itu demikian kerana apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku pun di situ bersama-sama mereka.”


Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman.”


Yohanes bagaikan pelita yang menyala dan bersinar. Untuk sementara waktu kamu menikmati cahayanya dan kamu bersukacita.


Apabila mereka tiba di Efesus, Paulus meninggalkan Priskila dan Akwila. Kemudian dia masuk ke rumah ibadat dan mengadakan perbincangan dengan orang Yahudi.


Pada waktu berangkat, Paulus berkata kepada mereka, “Jika diperkenankan oleh Allah, aku akan kembali.” Setelah itu dia belayar dari Efesus.


Sementara Apolos tinggal di Korintus, Paulus menjelajah kawasan pedalaman daerah itu lalu tiba di Efesus. Di situ dia berjumpa dengan beberapa orang yang percaya kepada Yesus.


Tempat kediaman Allah tidak ada hubungannya dengan berhala. Kita ini tempat kediaman Allah yang hidup. Allah sendiri berfirman, “Aku akan tinggal bersama-sama mereka, dan hidup antara mereka; Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.


Tangan kanan-Nya memegang tujuh buah bintang, dan dari mulut-Nya keluar sebilah pedang tajam yang bermata dua. Muka-Nya terang seperti matahari pada waktu tengah hari.


Inilah makna yang dilambangkan oleh tujuh buah bintang yang engkau lihat di tangan kanan-Ku dan oleh tujuh buah kaki pelita daripada emas itu. Tujuh buah bintang itu melambangkan para malaikat daripada jemaah di tujuh buah tempat itu, dan tujuh buah kaki pelita itu melambangkan jemaah di tujuh buah tempat itu.”


Kemudian terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa: Seorang wanita berpakaian matahari dan kakinya beralaskan bulan. Dia memakai sebuah mahkota yang terdiri daripada dua belas bintang, pada kepalanya.


“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Pergamus: Inilah perkhabaran daripada Dia yang memiliki sebilah pedang tajam bermata dua.


“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Tiatira: Inilah perkhabaran daripada Anak Allah, yang mata-Nya bernyala-nyala seperti api, dan kaki-Nya bersinar seperti gangsa yang digosok.


“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Smirna: Inilah perkhabaran daripada Dia yang awal dan yang penghujung, yang sudah mati dan hidup semula.


“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Sardis: Inilah perkhabaran daripada Dia yang mempunyai tujuh Roh Allah dan tujuh buah bintang itu. Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Kamu dikatakan hidup, padahal kamu mati!


“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Laodikia: Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin, saksi yang setia dan benar, sumber segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah.


“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Filadelfia: Inilah perkhabaran daripada Dia yang suci dan setia. Dia memegang kunci yang dimiliki Daud; apabila Dia membuka pintu, tidak seorang pun dapat menutupnya, dan apabila Dia menutupnya, tidak seorang pun dapat membukanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan