Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 18:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Semua bangsa sudah minum wainnya, iaitu perbuatannya yang cabul. Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengannya, dan saudagar-saudagar di bumi menjadi kaya oleh nafsunya yang tidak terkendali itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Kŭrna sagala bangsa tŭlah mŭminum ayer anggor morka pŭrzinahannya itu, dan sagala raja raja dibumi tŭlah bŭrbuat zinah dŭngan pŭrampuan itu, dan sagala saudagar dibumi pun tŭlah bŭrulih kŭkayaan deripada kalempahan lazatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Semua bangsa telah minum air anggur hawa nafsunya yang cabul. Raja-raja dunia telah berzina dengannya, dan saudagar-saudagar dunia telah menjadi kaya-raya dari kemewahannya yang melimpah-limpah.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Semua bangsa sudah minum wainnya, iaitu perbuatannya yang cabul. Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengannya, dan saudagar-saudagar di bumi menjadi kaya oleh nafsunya yang tidak terkendali itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 18:3
17 Iomraidhean Croise  

Itulah sahaja gunanya ahli nujum bagimu; kamu minta nasihat daripada mereka sejak masa mudamu. Mereka semua akan lari dan meninggalkan kamu, tiada sesiapa pun yang tinggal untuk menyelamatkan kamu.”


Raja Babilonia telah memotong-motong Yerusalem dan memakannya. Dia mengosongkan kota itu seperti orang mengosongkan tempayan. Seperti raksasa, dia menelan kota itu. Dia mengambil apa yang disukainya, dan yang lain dibuangnya.


Dahulu Babilonia seperti cawan emas dalam tangan-Ku, dan menyebabkan semua bangsa di bumi mabuk. Bangsa-bangsa minum wain dari cawan itu sehingga mereka menjadi gila.


Orang yang dahulu makan makanan terbaik, sekarang mati kelaparan di jalan; mereka yang dahulu hidup mewah, sekarang mengorek sampah mencari makanan.


Niniwe pelacur itu dijatuhi hukuman. Kecantikannya sangat mempesonakan. Dia menyihir banyak bangsa, dan menjadikan mereka hambanya.


Kamu keluar mahu melihat apa? Seorang yang berpakaian indahkah? Orang yang berpakaian demikian dan yang hidup mewah tinggal di istana!


Jangan golongkan balu muda ke dalam senarai itu. Jika perasaan berahi mereka timbul, mereka ingin berkahwin lagi. Dengan demikian mereka meninggalkan Kristus,


Setelah malaikat pertama pergi, datanglah malaikat kedua yang berkata, “Kota Babel sudah jatuh! Kota besar itu sudah jatuh! Perbuatan cabul kota Babel merosakkan semua bangsa, seperti wain yang memabukkan mereka.”


Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengan pelacur itu, dan penduduk dunia menjadi seperti orang mabuk ketika pelacur itu melakukan perbuatan cabul dengan mereka.”


Mereka menghamburkan abu ke atas kepala sebagai tanda berkabung. Lalu mereka menangis dan berseru, “Alangkah malangnya kota yang agung itu! Di situlah semua orang yang mempunyai kapal-kapal di laut menjadi kaya kerana kekayaan kota itu! Tetapi dalam satu jam sahaja, Babel telah kehilangan segala-galanya!”


Cahaya pelita tidak akan terlihat lagi di Babel dan keriuhan pesta perkahwinan tidak akan terdengar lagi. Saudagar-saudagarmu ialah orang yang terkemuka di seluruh dunia, dan dengan ilmu sihir engkau menipu semua orang di dunia!”


Berilah Babel penderitaan dan kesedihan sebanyak kemuliaan dan kemewahan yang diberikannya kepada dirinya sendiri, kerana Babel sentiasa berkata kepada dirinya sendiri, ‘Aku ratu yang memerintah! Aku bukan balu, aku tidak akan mengalami kesedihan!’


Raja-raja dunia yang ikut melakukan perbuatan cabul dan lucah dengannya, akan menangisi dan meratapi kota itu apabila mereka melihat asap api yang menghanguskannya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan