Wahyu 17:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
3 Lalu Roh Allah menguasai aku dan malaikat itu membawa aku ke padang gurun. Di situ aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang berwarna merah, yang seluruh badannya ditulisi dengan nama-nama yang mengkufuri Allah. Binatang itu mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk.
3 Maka dŭngan hal yang dŭmkian dibawa ulih Roh akan daku kapada suatu padang; lalu kulihat ada sa’orang pŭrampuan dudok diatas sa’ekor binatang yang bŭrwarna merah tua, iya itu pŭnohlah dŭngan nama hujat sŭrta adalah iya itu bŭrkŭpala tujoh dan bŭrtandok sa’puloh.
3 Malaikat itu membawaku dalam Roh ke gurun. Aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang buas yang berwarna merah dan penuh dengan nama-nama kufur. Binatang itu berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh.
3 Lalu Roh Allah menguasai aku dan malaikat itu membawa aku ke padang gurun. Di situ aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang berwarna merah, yang seluruh badannya ditulisi dengan nama-nama yang mengkufuri Allah. Binatang itu mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk.
Bagaimanakah jika Roh TUHAN membawa tuan ke tempat lain yang tidak diketahui orang, sebaik saja saya meninggalkan tempat ini? Apabila saya memberitahu raja bahawa tuan berada di sini dan raja tidak dapat mencari tuan, raja akan membunuh saya. Ingatlah, saya sungguh-sungguh beribadat kepada TUHAN sejak saya masih muda.
dan berkata, “Kami sebanyak lima puluh orang di sini, dan kami semua kuat. Biarlah kami pergi mencari Elia, tuanmu. Mungkin Roh TUHAN telah membawanya dan meninggalkannya di atas gunung ataupun di lembah.” Elisa berkata, “Jangan, tak usah pergi!”
Dia menghulurkan sesuatu yang menyerupai tangan lalu menyambar rambutku. Dalam penglihatan itu Roh Allah mengangkat aku tinggi ke udara dan membawa aku ke Rumah TUHAN di Yerusalem, ke pintu masuk di halaman dalam yang di sebelah utara. Di situ terletak patung berhala yang membangkitkan kemurkaan Allah.
Raja Siria akan berbuat sesuka hati. Dengan sombong, raja akan menganggap dirinya lebih besar daripada dewa mana pun, bahkan lebih berkuasa daripada Allah Yang Maha Tinggi. Raja itu berbuat demikian sehingga tiba waktunya Allah menghukum dia. Allah akan melakukan tepat seperti rancangan-Nya.
Aku hendak tahu tentang sepuluh buah tanduk di kepalanya, dan tentang tanduk kecil yang muncul kemudian, yang menyebabkan tercabutnya tiga buah tanduk yang lain. Tanduk kecil itu mempunyai mata dan mulut yang bercakap dengan sombong. Tanduk kecil itu lebih menakutkan daripada tanduk-tanduk yang lain.
Dia akan menentang Allah Yang Maha Tinggi dan menindas umat Allah. Dia akan cuba mengubah hukum dan perayaan agama mereka dan umat Allah akan ditakluknya selama tiga tahun setengah.
Semasa aku merenung tanduk-tanduk itu, aku nampak sebuah lagi tanduk yang kecil muncul di antaranya. Tanduk itu menyingkirkan tiga buah tanduk yang ada di situ. Tanduk kecil itu mempunyai mata seperti mata manusia, dan mulut yang bercakap dengan sombong.
Apabila mereka keluar dari air, Roh Tuhan mengambil Filipus dari situ. Pegawai tinggi itu tidak nampak dia lagi, lalu meneruskan perjalanan dengan sukacita.
Dia akan melawan semua yang disebut tuhan. Dia menganggap dirinya lebih berkuasa daripada semua yang disembah oleh manusia. Bahkan dia akan masuk ke Rumah Allah dan duduk di situ serta mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.
Tetapi wanita itu diberikan sepasang sayap burung helang yang besar, supaya dia dapat terbang ke tempatnya di padang gurun. Di situ dia akan dipelihara selama tiga tahun setengah, supaya terhindar daripada serangan naga itu.
Lalu sesuatu yang ajaib kelihatan pula di langit: Seekor naga merah yang besar sekali mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk. Setiap kepala memakai sebuah mahkota.
Wanita itu berpakaian ungu dan merah tua, serta memakai perhiasan emas, permata, dan mutiara. Tangannya memegang sebuah cawan emas yang penuh dengan perkara-perkara cabul dan keji, hasil daripada perbuatannya yang cabul.
Tidak seorang pun membeli emas, perak, permata, ataupun mutiara mereka; tidak seorang pun membeli kain linen, kain ungu, kain sutera, dan kain merah tua; tidak seorang pun membeli segala macam kayu yang jarang didapati, pelbagai benda yang dibuat daripada gading, kayu yang mahal, gangsa, besi, dan marmar;
serta berkata, “Alangkah malangnya kota yang agung itu! Biasanya Babel berpakaian kain linen, kain ungu, dan kain merah tua; biasanya Babel memakai perhiasan emas, permata, dan mutiara!
Roh Allah menguasai aku, dan malaikat itu membawa aku ke puncak gunung yang sangat tinggi. Dia menunjukkan Yerusalem kepadaku, kota suci itu yang turun dari syurga daripada Allah,