Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 16:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Malaikat pertama pergi dan menuang isi mangkuknya ke atas bumi. Lalu timbullah kudis yang teruk dan menyakitkan pada semua orang yang mempunyai tanda binatang itu, serta pada orang yang menyembah patungnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka yang pŭrtama tama itupun pŭrgilah, lalu dituangkannyalah pialanya itu ka’atas bumi, maka jadilah pŭkong yang jahat, dan sakit ka’atas orang orang yang ada mŭmakie tanda binatang itu, dan atas orang orang yang mŭnyŭmbah akan gambarnya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Oleh itu, malaikat pertama pergi, mencurahkan isi mangkuknya ke tanah, lalu tumbuh pekung yang busuk dan menjijikkan pada orang yang mempunyai tanda binatang itu dan orang yang menyembah patungnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Malaikat pertama pergi dan menuang isi mangkuknya ke atas bumi. Lalu timbullah kudis yang teruk dan menyakitkan pada semua orang yang mempunyai tanda binatang itu, serta pada orang yang menyembah patungnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 16:2
22 Iomraidhean Croise  

Tuanku sendiri akan menderita penyakit usus yang semakin hari semakin parah!”


Setelah semua hal itu berlaku, TUHAN mendatangkan penyakit usus yang teruk kepada Raja Yehoram.


Dia menyebabkan angin timur bertiup, dan dengan kuasa-Nya angin selatan berhembus.


Tetapi Aku akan menghukum mereka: Aku akan mencukur rambut mereka sehingga mereka botak.”


Sekarang mereka memakai minyak wangi, tetapi kelak mereka akan berbau busuk. Tali pinggang mereka yang halus akan diganti dengan tali yang kasar. Kepala mereka yang berambut cantik akan menjadi botak. Pakaian mereka yang elok-elok akan diganti dengan kain buruk. Kecantikan mereka akan diganti dengan keburukan yang memalukan!


Pada saat itu juga malaikat Tuhan memukul Raja Herodes, kerana raja tidak menghormati Allah. Raja Herodes dimakan cacing lalu mangkat.


TUHAN akan mendatangkan bisul pada tubuh kamu seperti yang dilakukan-Nya kepada orang Mesir dahulu. Kulit kamu akan diliputi kudis dan keruping yang gatal, tetapi tidak ada ubatnya.


TUHAN akan meliputi kaki kamu dengan kudis yang menyakitkan, dan tidak dapat sembuh. Bisul akan meliputi kamu dari hujung kaki sampai ke hujung rambut.


TUHAN akan melindungi kamu daripada segala penyakit. Dia tidak akan membiarkan kamu menghidap penyakit dahsyat seperti yang kamu alami di Mesir, tetapi Dia akan menimpakan penyakit itu kepada semua musuh kamu.


Binatang ini menggunakan kekuasaan besar binatang pertama itu di depan matanya. Semua penduduk dunia dipaksa untuk menyembah binatang pertama, yang luka parahnya sudah sembuh.


Lalu Dia yang duduk di atas awan itu mengayunkan sabit-Nya ke bumi, dan tuaian di bumi dikumpulkan.


Setelah kedua-dua malaikat itu pergi, datanglah malaikat ketiga yang berseru, “Sesiapa yang menyembah binatang itu dan patungnya, serta menerima tanda binatang itu pada dahi atau tangan,


Kemudian aku mendengar suara lantang dari Rumah Allah berkata kepada tujuh malaikat itu, “Pergilah dan tuanglah isi tujuh mangkuk kemurkaan Allah itu ke atas bumi!”


Mereka mengutuki Allah di syurga kerana kesakitan dan kudis mereka. Tetapi mereka tidak bertaubat daripada perbuatan jahat mereka.


Malaikat pertama meniup trompetnya, lalu hujan batu dan api bercampur darah, turun dengan derasnya ke atas bumi. Api membakar sepertiga daripada bumi dan memusnahkan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan di situ.


TUHAN menghukum penduduk Asdod dengan berat sekali, dan menakutkan mereka. Dia menghukum mereka dan penduduk di daerah sekitar dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka.


Tetapi setelah Tabut itu sampai di sana, TUHAN menghukum penduduk kota itu juga dan menimbulkan keadaan yang sangat mencemaskan. TUHAN menghukum semua penduduk dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka, baik orang muda mahupun orang tua.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan