Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 15:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, “Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan! Raja semua bangsa, alangkah adil dan benar tindakan-Mu!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka marika itupun mŭnyanyilah shayer Musa hamba Allah itu, dan shayer anak Domba itu, katanya, Bŭsarlah dan ajaiblah sagala pŭrbuatanmu itu, Tuhan Allah yang maha kwasa; adil dan bŭnarlah jalanmu, raja orang orang salih;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba: “Agung dan ajaib pekerjaan-Mu, Tuhan, Allah Maha Kuasa! Benar dan adil setiap jalan-Mu, Ya Raja segala bangsa!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, “Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan! Raja semua bangsa, alangkah adil dan benar tindakan-Mu!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 15:3
49 Iomraidhean Croise  

Ketika Abram berumur 99 tahun, TUHAN menampakkan diri kepadanya dan berfirman, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa. Taatilah Aku dan lakukanlah kehendak-Ku selalu.


Harun dan keturunannya bertanggungjawab membakar kemenyan, dan mempersembahkan korban yang dibakar di atas mazbah. Mereka juga bertanggungjawab melakukan segala upacara ibadat di Bilik Maha Suci dan mempersembahkan korban-korban supaya Allah mengampunkan dosa umat Israel. Semua tugas itu dilakukan mereka menurut petunjuk yang diberikan oleh Musa, hamba Allah.


Oleh itu Raja Yoas memanggil Yoyada, pemimpin mereka dan bertanya, “Mengapa kamu tidak menyuruh orang Lewi pergi kepada penduduk Yehuda dan Yerusalem untuk mengumpulkan cukai yang dikenakan Musa, hamba TUHAN itu, bagi Khemah TUHAN?”


Engkau mengajar mereka merayakan hari Sabat yang suci itu, dan melalui hamba-Mu Musa, Engkau memberi mereka hukum-Mu.


Allah sentiasa dipuji kerana perbuatan-Nya; engkau juga mesti menyanjung Dia.


Kita tidak dapat memahami perbuatan besar Allah, dan mukjizat-Nya tidak terkira.


TUHAN itu baik; Dia tetap mengasihi umat-Nya dan setia kepada mereka selama-lamanya.


Hai keturunan Abraham, hamba-Nya, dan keturunan Yakub, orang pilihan-Nya, ingatlah mukjizat yang dilakukan Allah, jangan lupakan keputusan yang diberikan-Nya.


Sungguh menakjubkan perbuatan yang dilakukan TUHAN; semua orang yang menyukai perbuatan itu merenungkannya.


Dia setia dan adil dalam segala perbuatan-Nya; segala perintah-Nya dapat dipercayai.


Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa. Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan. Aku benar-benar menyedarinya.


TUHAN adil dalam segala tindakan-Nya, dan berbelas kasihan dalam semua perbuatan-Nya.


Orang akan mewartakan perbuatan-Mu yang hebat, dan aku akan mengisytiharkan keagungan-Mu.


Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku, dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka.


Di hadapan nenek moyang mereka, Allah melakukan mukjizat di dataran Zoan di negeri Mesir.


Perbuatan-Mu, ya TUHAN, menggembirakan aku; aku menyanyi dan bergirang kerana karya-Mu.


Hai Raja yang perkasa, Engkau mencintai hukum; Engkau telah menegakkan keadilan di Israel, Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.


Segala perlengkapan di kapal mereka tidak berguna. Layarnya tidak dapat dibentangkan. Kita akan merampas semua kekayaan tentera musuh, dan jumlahnya begitu banyak sehingga orang lumpuh pun mendapat bahagian. TUHAN sendiri akan menjadi raja kita. Dia akan memerintah dan melindungi kita.


Marilah ajukan perkara kamu, biarlah pembela kamu berunding bersama-sama. Siapakah yang sejak dahulu bernubuat tentang hal yang akan berlaku? Bukankah Aku, TUHAN? Tiada tuhan-tuhan lain kecuali Aku. Akulah Allah yang adil dan yang menyelamatkan, tiada yang lain kecuali Aku.


Pada waktu subuh, raja bangun dan tergesa-gesa pergi ke gua singa itu.


Semua umat Israel telah melanggar hukum-Mu dan tidak mahu mendengarkan Engkau. Kami telah berdosa terhadap-Mu. Kami berdosa terhadap Engkau, oleh itu Engkau menghukum kami dengan kutukan yang tertulis dalam Taurat Musa, hamba-Mu itu.


Orang Israel akan membuang berhala-berhala; Aku akan mengabulkan doa mereka dan memelihara mereka. Seperti pokok malar hijau Aku akan melindungi mereka; Akulah sumber segala berkat mereka.”


Engkau akan menunjukkan kesetiaan-Mu dan kasih-Mu yang abadi kepada umat-Mu, keturunan Abraham dan Yakub, seperti yang Engkau janjikan kepada nenek moyang kami dahulu kala.


Tetapi TUHAN masih di kota itu; Dia sentiasa melakukan yang benar dan tidak pernah melakukan yang salah. Setiap pagi Dia pasti memberikan keadilan kepada umat-Nya. Namun orang yang tidak mengenal keadilan di kota itu tetap berbuat jahat tanpa mengenal malu.


Bersukacitalah, hai penduduk Sion! Bersoraklah, hai penduduk Yerusalem! Lihatlah, raja kamu datang! Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan, tetapi dengan kerendahan hati, dia datang dengan menunggang keldai, dengan mengenderai anak keldai yang muda.


Allah memberikan Taurat melalui Musa, tetapi melalui Yesus Kristus, Allah menyatakan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada kita.


Kemudian Musa mengucapkan seluruh nyanyian ini sementara umat Israel mendengarkannya.


Aku akan memuji nama TUHAN, dan umat-Nya akan memberitakan kebesaran-Nya.


Kemudian Musa, hamba TUHAN itu, meninggal di tanah Moab, sebagaimana yang sudah difirmankan TUHAN.


Hendaklah Allah, Raja yang kekal, yang hidup selama-lamanya, yang tidak kelihatan, dan yang esa, dihormati serta dimuliakan selama-lamanya! Amin.


Musa setia sebagai hamba di dalam rumah Allah. Dia berucap tentang hal-hal yang akan difirmankan oleh Allah pada masa hadapan.


Pastikanlah bahawa kamu taat kepada hukum yang diberikan oleh Musa: Kasihilah TUHAN, Allah kamu, laksanakanlah kehendak-Nya, patuhilah perintah-Nya, setialah kepada-Nya, dan mengabdilah kepada-Nya dengan sepenuh hati dan jiwa.”


“Akulah yang pertama dan yang terakhir,” firman Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang.


Mereka berkata, “Ya Tuhan, Allah Maha Kuasa, yang ada dan yang sudah ada! Kami bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah menggunakan kuasa-Mu yang besar, dan mula memerintah!


Di hadapan takhta, empat makhluk hidup itu, dan pemimpin-pemimpin itu, berdirilah 144,000 orang itu. Mereka menyanyikan satu nyanyian baru, yang tidak dapat dinyanyikan orang lain. Mereka sahajalah yang telah diselamatkan oleh Allah.


Setelah malaikat pertama pergi, datanglah malaikat kedua yang berkata, “Kota Babel sudah jatuh! Kota besar itu sudah jatuh! Perbuatan cabul kota Babel merosakkan semua bangsa, seperti wain yang memabukkan mereka.”


Mereka akan berperang melawan Anak Domba. Tetapi Anak Domba itu dengan para pengikut-Nya yang setia, yang telah dipanggil dan dipilih oleh-Nya akan mengalahkan mereka. Dialah Tuhan Yang Agung dan Raja Yang Terutama.”


Pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis nama ini: “Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang Agung.”


Penghakiman-Nya benar dan adil! Dia telah menjatuhkan hukuman kepada pelacur termasyhur itu, yang menyesatkan dunia dengan perbuatan cabulnya. Allah sudah menghukum dia kerana dia membunuh hamba-hamba Allah.”


Setiap makhluk itu mempunyai enam buah sayap. Keempat-empat makhluk itu diliputi mata, bahkan bahagian bawah sayap. Siang malam makhluk-makhluk itu tidak henti-hentinya menyanyi, “Suci, suci, sucilah Tuhan, Allah Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan