Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 10:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Lalu dia berseru dengan suara yang kuat seperti raungan kawanan singa. Setelah dia berseru, tujuh guruh menjawab dengan suara gemuruh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Lalu bŭrtriaklah iya dŭngan nyaring swaranya, spŭrti singa mŭmŭkis: sŭtlah sudah iya bŭrtriak itu, maka tujoh halalintar bŭrbunyilah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Dia berseru dengan suara seperti bunyi sekawan singa mengaum, disahut oleh tujuh guruh dengan gemuruh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Lalu dia berseru dengan suara yang kuat seperti raungan kawanan singa. Setelah dia berseru, tujuh guruh menjawab dengan suara gemuruh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 10:3
16 Iomraidhean Croise  

Allah yang mulia mengguntur di atas laut; suara TUHAN bergema di seluruh lautan.


Kemurkaan raja bagaikan ngauman singa, tetapi kebaikannya bagaikan embun yang membasahi tumbuh-tumbuhan.


TUHAN berfirman kepadaku, “Walaupun para gembala berteriak dan memekik, mereka tidak dapat mengusir singa daripada binatang yang sudah dibunuhnya. Demikian juga tiada apa-apa pun dapat menghalang Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, daripada melindungi Bukit Sion.


TUHAN maju berperang seperti seorang pahlawan yang penuh semangat untuk berperang. Dia memekik sebagai isyarat perang; Dia menunjukkan keperkasaan-Nya terhadap musuh.


Askar-askar mereka mengaum seperti singa yang menerkam dan melarikan mangsanya supaya tiada sesiapa dapat melepaskan mangsa itu.


Hai Yeremia, semua yang Aku firmankan kepadamu, harus engkau isytiharkan. Engkau mesti berkata kepada mereka, ‘TUHAN akan mengaum dari syurga; Dia akan mengguntur dari kediaman-Nya yang suci. Dia akan bergemuruh melawan umat-Nya; Dia akan memekik seperti orang yang memeras buah anggur. Setiap orang di bumi akan mendengar-Nya,


Bunyi kepakan sayap kerub-kerub itu terdengar sampai ke halaman luar. Bunyi itu seperti suara Allah Yang Maha Kuasa.


TUHAN berfirman, “Aku akan mengaum seperti singa terhadap musuh umat-Ku, dan umat-Ku akan mengikut Aku. Dari sebelah barat mereka akan cepat-cepat datang kepada-Ku.


Suara TUHAN bergemuruh dari Bukit Sion; Dia mengguntur dari Yerusalem; langit dan bumi bergoncang, tetapi Dia akan melindungi umat-Nya.


Inilah yang dikatakan oleh Amos, “TUHAN bertempik dari Bukit Sion, suara-Nya bergemuruh dari Yerusalem. Padang rumput menjadi gersang, rumput di Gunung Karmel menjadi kering.”


Apabila singa mengaum, siapakah tidak takut? Apabila TUHAN Raja berfirman, siapakah dapat berdiam diri dan tidak mengisytiharkan perkhabaran-Nya?


Lalu aku mendengar suara dari langit, seperti deruman air terjun dan seperti gemuruh guruh. Bunyi itu seperti muzik daripada para pemain kecapi yang memainkan kecapi.


Kemudian aku nampak di langit sesuatu yang ajaib, luar biasa, dan menghairankan. Ada tujuh malaikat yang bertugas mendatangkan tujuh bencana terakhir ke atas bumi. Dengan ketujuh-tujuh bencana itu hukuman Allah akan berakhir.


Kemudian salah satu daripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itu tujuh buah mangkuk emas yang penuh dengan kemurkaan Allah, iaitu Allah yang hidup selama-lamanya.


Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh buah suluh yang bernyala; itulah ketujuh-tujuh Roh Allah.


Kemudian malaikat itu mengambil perbaraan itu, dan mengisinya dengan bara api yang diambil dari mazbah, lalu melemparkannya ke atas bumi. Lalu guruh bergemuruh, kilat sabung-menyabung, dan gempa bumi berlaku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan