Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 1:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Berbahagialah orang yang membaca kitab ini kepada jemaah. Berbahagialah mereka yang mendengarkan perkhabaran nubuat ini serta taat kepada apa yang tertulis di dalam kitab ini, kerana tidak lama lagi semuanya ini akan berlaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Bŭrbahgialah kiranya orang yang mŭmbacha, dan sagala orang yang mŭnŭngar pun akan pŭrkataan nabuatan ini, sŭrta dipliharakannya akan sagala pŭrkara yang tŭrsurat dalamnya, kŭrna kutikanya tŭlah hampir adanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Diberkatilah orang yang membaca kata-kata nubuat ini dan mendengarnya serta mematuhi apa yang tersurat dalamnya, kerana masanya sudah dekat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Berbahagialah orang yang membaca kitab ini kepada jemaah. Berbahagialah mereka yang mendengarkan perkhabaran nubuat ini serta taat kepada apa yang tertulis di dalam kitab ini, kerana tidak lama lagi semuanya ini akan berlaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 1:3
15 Iomraidhean Croise  

Berbahagialah orang yang mendengarkan aku, orang yang duduk di pintu rumahku setiap hari, dan yang menunggu di gerbang kediamanku.


Aku berkata kepada Seraya, “Apabila kamu sampai di Babel, usahakanlah supaya semua yang tercatat di dalam kitab ini kamu bacakan kepada orang di sana.


“Kamu akan melihat ‘Bencana yang Dahsyat’ yang dikatakan oleh Nabi Daniel, di tempat yang suci itu. (Catatan kepada pembaca: Hendaklah kamu faham apa maknanya!)


Tetapi Yesus menjawab, “Lebih bahagia lagi orang yang mendengar firman Allah dan melakukannya!”


Kamu harus melakukan semuanya, kerana kamu tahu bahawa inilah masanya kamu bangun daripada tidur. Hal itu demikian kerana masa kita diselamatkan lebih dekat sekarang ini daripada masa kita mula percaya.


Malam hampir berlalu, dan fajar akan menyingsing. Marilah kita berhenti melakukan perkara-perkara yang dilakukan dalam kegelapan. Marilah kita lengkapi diri seolah-olah dengan senjata yang digunakan dalam terang.


Tidak lama lagi segala sesuatu akan berakhir. Oleh itu, kamu harus mengawal diri dan berwaspada, supaya kamu dapat berdoa.


Tetapi janganlah lupa akan satu perkara ini, hai sahabat-sahabat yang aku kasihi! Di sisi Tuhan, satu hari tidak ada bezanya dengan seribu tahun. Bagi-Nya, kedua-duanya sama sahaja.


Dia berkata lagi, “Janganlah rahsiakan kata-kata nubuat di dalam kitab ini, kerana sudah hampir masanya apabila semua perkara ini akan berlaku.


“Dengarlah!” kata Yesus. “Aku akan segera datang! Aku akan membawa ganjaran untuk tiap-tiap orang menurut perbuatannya.


Dia yang memberikan semua kesaksian ini berkata, “Betul, Aku akan segera datang!” Amin! Datanglah, ya Tuhan Yesus!


Aku akan segera datang! Jagalah baik-baik apa yang kamu miliki, supaya tidak seorang pun merampas hadiah kemenangan kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan