Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Orang itu menjawab, “Jika demikian, biarlah saya melepaskan hak saya untuk membeli tanah itu, kerana walaupun saya membelinya, anak-anak saya tidak akan mewarisinya. Kamulah yang membeli tanah itu, saya tidak mahu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Ahli kerabat terdekat itu menjawab, “Jika demikian, aku tidak dapat menebusnya supaya aku tidak menggugat harta pusakaku sendiri. Aku harap engkau menebus apa yang seharusnya kutebus itu kerana aku tidak dapat menebusnya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Orang itu menjawab, “Jika demikian, biarlah saya melepaskan hak saya untuk membeli tanah itu, kerana walaupun saya membelinya, anak-anak saya tidak akan mewarisinya. Kamulah yang membeli tanah itu, saya tidak mahu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:6
8 Iomraidhean Croise  

Kemudian Yehuda berkata kepada Onan adik Er, “Pergilah kepada balu abangmu, dan tidurlah dengan dia. Lakukanlah kewajipanmu terhadap dia kerana kamu adik suaminya; dengan demikian abangmu boleh mendapat keturunan.”


Jika seorang Israel jatuh miskin lalu terpaksa menjual tanahnya, sanak saudaranya yang terdekat wajib menebus tanah itu.


Tetapi jika saudara orang yang sudah meninggal itu tidak mahu berkahwin dengan balu itu, balu itu harus pergi kepada para pemimpin kota dan berkata, ‘Saudara mendiang suami saya tidak mahu melakukan kewajipannya. Dia tidak mahu memberi saudaranya keturunan di kalangan bangsa Israel.’


Kemudian para pemimpin kota harus memanggil orang itu dan berkata-kata dengan dia. Jika dia masih enggan berkahwin dengan balu itu,


maka balu itu harus menghampiri dia di hadapan para pemimpin kota. Kemudian balu itu harus menanggalkan salah satu kasut saudara mendiang suaminya itu dan meludahi mukanya, sambil berkata, ‘Inilah yang terjadi kepada orang yang tidak mahu memberikan keturunan kepada saudaranya.’


“Semoga TUHAN memberkati Boas!” kata Naomi kepada Rut. “TUHAN sentiasa menepati janji-Nya, baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada orang yang sudah meninggal.” Katanya lagi, “Orang itu saudara dekat kita. Dialah yang patut bertanggungjawab terhadap kita.”


Tetapi tinggallah di sini dahulu. Esok pagi, jika saudara itu mahu bertanggungjawab terhadap hidupmu, baiklah. Jika tidak, saya berjanji demi Allah yang hidup bahawa saya akan bertanggungjawab terhadap hidupmu. Sekarang tidurlah hingga pagi.”


“Siapakah kamu?” tanya Boas. “Saya Rut, tuan,” jawabnya. “Sudilah tuan mengembangkan jubah untuk melindungi saya; sudilah menjadikan saya isteri tuan. Oleh sebab tuan saudara dekat kami, tuanlah yang bertanggungjawab terhadap hidup saya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan