Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Boas berkata lagi, “Baiklah. Tetapi jika kamu membeli tanah itu daripada Naomi, ini bererti kamu mengambil Rut juga, balu yang berbangsa Moab itu. Dengan demikian tanah itu tetap menjadi milik keturunan orang yang sudah meninggal.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Kata Boas lagi, “Pada hari kamu membeli tanah itu daripada Naomi, untuk mengangkat nama si mati atas harta pusakanya, kamu juga memperoleh Rut, perempuan bani Moab, isteri si mati.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Boas berkata lagi, “Baiklah. Tetapi jika kamu membeli tanah itu daripada Naomi, ini bererti kamu mengambil Rut juga, balu yang berbangsa Moab itu. Dengan demikian tanah itu tetap menjadi milik keturunan orang yang sudah meninggal.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:5
6 Iomraidhean Croise  

Kemudian Yehuda berkata kepada Onan adik Er, “Pergilah kepada balu abangmu, dan tidurlah dengan dia. Lakukanlah kewajipanmu terhadap dia kerana kamu adik suaminya; dengan demikian abangmu boleh mendapat keturunan.”


“Guru,” kata mereka, “Musa mengajarkan demikian: Jika seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak, maka saudara lelakinya harus berkahwin dengan balunya untuk memberikan keturunan kepada orang yang sudah meninggal itu.


“Guru, Musa memberi kita hukum berikut: ‘Jika seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak, maka saudara lelakinya mesti berkahwin dengan balunya supaya orang yang sudah meninggal itu mendapat keturunan.’


Tetapi jika saudara orang yang sudah meninggal itu tidak mahu berkahwin dengan balu itu, balu itu harus pergi kepada para pemimpin kota dan berkata, ‘Saudara mendiang suami saya tidak mahu melakukan kewajipannya. Dia tidak mahu memberi saudaranya keturunan di kalangan bangsa Israel.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan