Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:14 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Kaum perempuan di tempat itu berkata kepada Naomi, “Pujilah TUHAN! Hari ini, Dia telah memberi kamu seorang cucu untuk memelihara kamu. Semoga anak ini terkenal di Israel kelak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 Lantas kalangan kaum wanita pun berkata kepada Naomi, “Terpujilah TUHAN, yang tidak membiarkan kamu tanpa seorang penebus. Termasyhurlah kiranya nama anak ini di Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Kaum perempuan di tempat itu berkata kepada Naomi, “Pujilah TUHAN! Hari ini, Dia telah memberi kamu seorang cucu untuk memelihara kamu. Semoga anak ini terkenal di Israel kelak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:14
13 Iomraidhean Croise  

Aku akan memberi engkau keturunan yang banyak dan mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memberkati engkau dan menjadikan namamu termasyhur, sehingga engkau menjadi berkat bagi bangsa-bangsa.


Dia berkata, “Pujilah TUHAN, Allah tuanku Abraham. TUHAN setia dan menepati janji-Nya kepada tuanku Abraham. Dia memimpin aku langsung kepada saudara mara tuanku.”


Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kali ini aku akan memuji TUHAN.” Maka dia menamakan anaknya Yehuda. Kemudian Lea tidak melahirkan anak untuk beberapa lama.


Semua jiran dan sanak saudaranya mendengar betapa baiknya Tuhan terhadap Elisabet, dan mereka ikut bersukacita dengan dia.


Bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita, dan menangislah dengan mereka yang menangis.


Jika satu anggota tubuh menanggung penderitaan, semua anggota lain menanggung penderitaan juga. Jika satu anggota tubuh dipuji, semua anggota lain turut bersukacita.


Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.


Saudara-saudaraku, kami harus sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu. Memang sepatutnya kami berbuat demikian, kerana kamu semakin percaya kepada Yesus dan kamu semakin mengasihi satu sama lain.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan