Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:13 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Kemudian Boas membawa Rut pulang sebagai isterinya. TUHAN memberkati Rut dan dia mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

13 Lalu Boas memperisteri Rut dan perempuan itu didampinginya. Atas kurnia TUHAN, Rut pun hamil dan seterusnya melahirkan seorang putera.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Kemudian Boas membawa Rut pulang sebagai isterinya. TUHAN memberkati Rut dan dia mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:13
12 Iomraidhean Croise  

TUHAN sudah membuat semua wanita di istana Raja Abimelekh mandul kerana peristiwa yang berlaku kepada Sara, isteri Abraham. Kemudian Abraham berdoa kepada Allah, lalu Allah menyembuhkan Raja Abimelekh, isterinya, dan hamba-hamba perempuannya, sehingga wanita-wanita itu dapat melahirkan anak lagi.


Oleh sebab Ribka tidak mempunyai anak, Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya. TUHAN mengabulkan doanya sehingga Ribka mengandung.


Apabila TUHAN nampak bahawa Lea tidak begitu dikasihi seperti Rahel, Dia mengizinkan Lea melahirkan anak tetapi Rahel tetap tidak mendapat anak.


Yakub marah kepada Rahel dan berkata, “Aku ini bukan Allah. Dialah yang menyebabkan engkau tidak mendapat anak.”


Ketika Esau nampak semua wanita dan anak-anak itu, dia bertanya, “Siapakah mereka yang ada bersama-samamu ini?” Yakub menjawab, “Mereka itu anak-anak yang dikurniakan Allah kepada saya.”


Dia menganugerahkan anak-anak kepada isteri yang mandul dan menjadikan dia ibu yang bahagia dan terhormat di rumahnya. Pujilah TUHAN!


Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.


Janganlah khuatir, Rut. Saya akan memenuhi segala permintaanmu. Semua orang di kota tahu bahawa kamu wanita yang baik budi pekerti.


Semoga anak-anak yang akan dikurniakan TUHAN kepadamu daripada wanita muda ini menjadikan keluargamu seperti keluarga Peres, anak Yehuda dan Tamar.”


Saya minta anak ini daripada TUHAN, dan Dia sudah mengabulkan permintaan saya.


Orang yang dahulu kenyang, sekarang harus bekerja untuk mencari makan; tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang. Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak, tetapi ibu yang mempunyai banyak anak, ditinggalkan dan dibiarkan merana.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan