Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Para pemimpin kota dan semua orang yang berada di situ berkata, “Baiklah, kamilah yang menjadi saksi. Semoga TUHAN membolehkan isterimu menjadi seperti Rahel dan Lea, yang melahirkan banyak anak bagi Yakub. Semoga kamu menjadi kaya antara puak Efrata dan terkenal di Betlehem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

11 Lalu semua yang hadir di pintu gerbang, dan para tua-tua pun berkata, “Sesungguhnya, kamilah saksi hal ini. Semoga TUHAN menjadikan perempuan yang akan masuk ke rumahmu itu sama seperti Rahel dan Lea, yang kedua-duanya membina keturunan kaum Israel. Semoga kamu makmur di Efrata dan biarlah masyhur namamu di Betlehem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Para pemimpin kota dan semua orang yang berada di situ berkata, “Baiklah, kamilah yang menjadi saksi. Semoga TUHAN membolehkan isterimu menjadi seperti Rahel dan Lea, yang melahirkan banyak anak bagi Yakub. Semoga kamu menjadi kaya antara puak Efrata dan terkenal di Betlehem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:11
24 Iomraidhean Croise  

Pada masa itu Efron sendiri sedang duduk bersama dengan orang Het yang lain, di tempat perjumpaan di pintu gerbang kota. Dengan disaksikan oleh semua orang yang ada di situ, dia menjawab,


Laban mempunyai dua orang anak perempuan; yang sulung bernama Lea dan yang bongsu bernama Rahel.


Pagi esoknya barulah Yakub sedar bahawa Lea yang dikahwininya. Dia pergi berjumpa dengan Laban dan berkata, “Mengapa pak cik melakukan hal ini kepada saya? Saya sudah bekerja untuk mendapat Rahel. Mengapakah pak cik menipu saya?”


Lea mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “TUHAN sudah melihat kesusahanku, dan kini suamiku akan mengasihi aku.” Maka dia menamakan anaknya Ruben.


Anak Lea ialah Ruben (anak sulung Yakub), Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, dan Zebulon.


Anak Rahel ialah Yusuf dan Benyamin.


Kemudian Izebel menulis beberapa pucuk surat, menandatanganinya atas nama Raja Ahab dan memeteraikannya dengan meterai raja, lalu mengirimnya kepada beberapa orang pegawai dan pemimpin kota Yizreel.


Salma, anak lelakinya yang kedua ialah pembina kota Betlehem; Haref, anak lelakinya yang ketiga ialah pembina kota Bet-Gader.


Kami mendengar tentang Tabut Perjanjian di Betlehem, dan menemuinya di padang Yaar.


Wanita yang bijak membina rumah tangganya, tetapi wanita yang bodoh meruntuhkan rumah tangganya sendiri.


Suaminya pemimpin masyarakat, dan seorang yang kenamaan.


Oleh itu TUHAN akan membiarkan umat-Nya dikuasai musuh sehingga wanita yang akan bersalin itu melahirkan anak lelakinya. Selepas itu orang dalam pembuangan akan berkumpul semula dengan sesama bangsa mereka.


‘Hai Betlehem di negeri Yudea, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil antara kota-kota utama di Yudea; Daripadamu akan datang seorang pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”


Tetapi jika saudara orang yang sudah meninggal itu tidak mahu berkahwin dengan balu itu, balu itu harus pergi kepada para pemimpin kota dan berkata, ‘Saudara mendiang suami saya tidak mahu melakukan kewajipannya. Dia tidak mahu memberi saudaranya keturunan di kalangan bangsa Israel.’


maka balu itu harus menghampiri dia di hadapan para pemimpin kota. Kemudian balu itu harus menanggalkan salah satu kasut saudara mendiang suaminya itu dan meludahi mukanya, sambil berkata, ‘Inilah yang terjadi kepada orang yang tidak mahu memberikan keturunan kepada saudaranya.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan