Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Di samping itu pula Rut, wanita Moab, balu Mahlon itu, menjadi isteri saya sekarang. Dengan cara ini, tanah orang yang sudah meninggal akan tetap menjadi milik keturunannya. Keturunannya pun akan tetap ada di kalangan sanak saudaranya dan tinggal di kotanya. Saudara-saudaralah yang menjadi saksi hal itu pada hari ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Seterusnya Rut, perempuan bani Moab iaitu isteri Mahlon, aku jadikan isteriku untuk menaikkan nama si mati atas harta pusakanya agar namanya tidak tersingkir daripada saudara-maranya dan daripada tempat tumpah darahnya; dan pada hari ini kamulah saksi bagi hal ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Di samping itu pula Rut, wanita Moab, balu Mahlon itu, menjadi isteri saya sekarang. Dengan cara ini, tanah orang yang sudah meninggal akan tetap menjadi milik keturunannya. Keturunannya pun akan tetap ada di kalangan sanak saudaranya dan tinggal di kotanya. Saudara-saudaralah yang menjadi saksi hal itu pada hari ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:10
19 Iomraidhean Croise  

Tunggulah sampai selesai pesta tujuh hari perkahwinanmu ini, maka aku akan menyerahkan Rahel kepadamu, jika kamu mahu bekerja untukku selama tujuh tahun lagi.”


Tetapi Onan tahu bahawa anaknya nanti tidak akan menjadi kepunyaannya. Oleh itu setiap kali dia bersetubuh dengan balu abangnya itu, dia membiarkan air maninya meleleh di luar supaya abangnya tidak mempunyai keturunan.


Biarlah TUHAN sentiasa mengingati dosa mereka, tetapi mereka sama sekali dilupakan oleh orang di bumi.


TUHAN memperhatikan orang salih, dan mendengar tangisan mereka;


Orang yang mendapat isteri, mendapat sesuatu yang baik. Hal ini bermakna TUHAN memperkenan orang itu.


Rumah dan harta boleh diwarisi daripada ibu bapa, tetapi isteri yang bijak ialah kurnia daripada TUHAN.


Keturunan kamu akan menjadi sebanyak butir pasir dan Aku akan memastikan supaya mereka tidak binasa.”


Namun, masih ada yang menyembah berhala di Gilead dan mempersembahkan lembu di atas mazbah di Gilgal. Tetapi mereka yang menyembah berhala itu akan mati, dan mazbah-mazbah di Gilgal akan menjadi timbunan batu di padang.”


Maka aku pun membayar lima belas keping wang perak dan 150 kilogram barli untuk mendapat dia.


Pada masa itu Aku akan menghapus nama berhala-berhala di negeri ini; tiada sesiapa pun akan mengingatnya lagi. Aku akan melenyapkan sesiapa sahaja yang mengaku dirinya nabi, dan melenyapkan keinginan untuk menyembah berhala.


Kamu menanyakan sebabnya Dia tidak lagi menerima persembahan kamu. Hal itu demikian kerana TUHAN tahu bahawa kamu tidak lagi setia kepada wanita yang kamu kahwini pada masa muda kamu. Wanita itu teman hidup dan isteri kamu, tetapi kamu sudah memungkiri janji kepadanya, walaupun kamu telah berjanji di hadapan Allah untuk tetap setia kepadanya.


Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah.


Anak lelaki sulung mereka itu harus dianggap sebagai anak orang yang sudah meninggal, supaya dia mempunyai keturunan di kalangan bangsa Israel.


Perkahwinan harus dihormati oleh semua orang. Suami isteri harus setia kepada satu sama lain. Allah akan menghakimi orang yang melakukan perbuatan cabul dan orang yang berzina.


Orang Kanaan dan semua orang di negeri ini akan mendengar tentang hal itu. Mereka akan mengepung kami lalu membunuh kami semua! Kemudian apakah yang akan Engkau buat untuk mempertahankan kehormatan-Mu?”


Selepas itu Boas berkata kepada para pemimpin dan semua orang yang ada di situ, “Saudara-saudara menjadi saksi hari ini, bahawa daripada Naomi saya telah membeli segala yang dimiliki Elimelekh dan anak-anaknya, Kilyon dan Mahlon.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan