Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Boas pergi ke tempat pertemuan di pintu gerbang kota dan duduk di sana. Pada masa itu orang yang disebutnya saudara terdekat kepada Elimelekh, lalu di situ. Boas memanggil orang itu. “Marilah, hai saudara,” katanya. “Duduklah.” Saudara itu datang lalu duduk di sana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Boas pun pergi ke pintu gerbang dan duduk di sana. Maka lalulah di situ kerabat terdekat yang disebutkan Boas itu. Berkatalah Boas, “Wahai sahabat, berhenti dahulu dan duduklah di sini.” Maka orang itu pun datanglah lalu duduk.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Boas pergi ke tempat pertemuan di pintu gerbang kota dan duduk di sana. Pada masa itu orang yang disebutnya saudara terdekat kepada Elimelekh, lalu di situ. Boas memanggil orang itu. “Marilah, hai saudara,” katanya. “Duduklah.” Saudara itu datang lalu duduk di sana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:1
21 Iomraidhean Croise  

Apabila dua malaikat itu tiba di Sodom pada petang itu, Lot sedang duduk di pintu gerbang kota. Sebaik sahaja dia nampak mereka, dia bangun dan pergi berjumpa dengan mereka. Dia bersujud di hadapan mereka


Pada masa itu Efron sendiri sedang duduk bersama dengan orang Het yang lain, di tempat perjumpaan di pintu gerbang kota. Dengan disaksikan oleh semua orang yang ada di situ, dia menjawab,


Kemudian Hamor dan Sikhem pergi ke tempat pertemuan di pintu gerbang kota, lalu berkata kepada penduduk kota,


Biasanya Absalom bangun pagi-pagi lalu berdiri di tepi jalan dekat pintu gerbang kota. Setiap orang yang hendak mengadukan perkaranya kepada raja, dipanggil dan ditanyai oleh Absalom. Katanya, “Kamu daripada suku mana?” Jika orang itu menjawab, “Daripada suku ini atau itu,”


Kedua-dua orang raja itu, dengan berpakaian kebesaran, bersemayam di atas takhta, di tempat mengirik gandum, di luar pintu gerbang Samaria. Semua nabi sedang bernubuat di hadapan mereka berdua.


Apabila ketua-ketua kota bermesyuarat, aku duduk bersama-sama mereka.


Jika aku pernah menipu anak yatim piatu kerana aku tahu bahawa aku akan memenangi perkaraku,


Ketika aku mengenakan pakaian perkabungan, mereka mentertawakan aku.


Suaminya pemimpin masyarakat, dan seorang yang kenamaan.


TUHAN berfirman, “Marilah, setiap orang yang haus, minumlah air yang tersedia. Marilah, kamu yang tidak mempunyai wang, terimalah gandum dan makanlah. Mari! Terimalah wain dan susu, tanpa membayar apa-apa.


Bencilah kejahatan, cintailah kebaikan, dan tegakkanlah keadilan di mahkamah. Mungkin TUHAN akan mengasihani orang Israel yang masih hidup.


TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Aku telah mencerai-beraikan kamu ke segala arah. Tetapi sekarang, hai orang buangan, larilah dari Babilonia dan kembalilah ke Yerusalem.


“Lantiklah hakim-hakim dan pegawai-pegawai lain di tiap-tiap kota yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu. Semua orang itu mesti menghakimi rakyat dengan adil.


bawalah orang itu ke luar kota lalu rejamlah dia sampai mati.


Ibu bapa anak itu harus membawa dia ke hadapan para pemimpin kota, tempat tinggal mereka, lalu minta supaya anak itu diadili.


Tetapi jika saudara orang yang sudah meninggal itu tidak mahu berkahwin dengan balu itu, balu itu harus pergi kepada para pemimpin kota dan berkata, ‘Saudara mendiang suami saya tidak mahu melakukan kewajipannya. Dia tidak mahu memberi saudaranya keturunan di kalangan bangsa Israel.’


Dia boleh lari ke salah satu kota itu, lalu pergi ke tempat pengadilan di pintu kota dan menjelaskan perkara yang berlaku kepada para pemimpin. Para pemimpin itu akan membenarkan dia masuk ke dalam kota dan memberi dia tempat kediaman supaya dia dapat tinggal di situ.


Memang benar saya ini saudara dekatmu dan bertanggungjawab terhadap hidupmu, tetapi ada lagi seorang saudaramu yang lebih dekat daripada saya.


Naomi berkata kepadanya, “Bersabarlah, Rut. Engkau akan menyaksikan kesudahan segala perkara ini. Boas tidak akan berdiam diri selagi dia tidak menyelesaikan perkara ini hari ini juga.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan