Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 3:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Setelah Boas makan dan minum, dia berasa gembira. Dia pergi ke tempat timbunan barli, lalu baring dan tidur. Kemudian Rut mendekatinya dengan diam-diam. Dia membuka selimut Boas lalu tidur dekat kakinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Setelah Boas habis makan dan minum dan hatinya gembira, datanglah dia membaringkan diri untuk tidur pada hujung timbunan barli itu. Kemudian secara diam-diam, datanglah perempuan itu lalu disingkapkannya selimut dari kaki Boas dan berbaringlah dia di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Setelah Boas makan dan minum, dia berasa gembira. Dia pergi ke tempat timbunan barli, lalu baring dan tidur. Kemudian Rut mendekatinya dengan diam-diam. Dia membuka selimut Boas lalu tidur dekat kakinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 3:7
18 Iomraidhean Croise  

Mereka diberi makanan dari meja Yusuf, tetapi Benyamin mendapat makanan lima kali lebih banyak daripada abang-abangnya. Oleh itu mereka makan dan minum bersama-sama Yusuf, serta bersuka ria.


Absalom memberikan perintah kepada hamba-hambanya, “Perhatikan baik-baik, jika Amnon sudah mabuk kerana minum wain, aku akan memberikan isyarat, lalu bunuhlah dia. Jangan takut. Akulah yang bertanggungjawab atas hal itu. Bertindaklah dengan berani dan jangan ragu-ragu!”


Izebel berkata, “Bukankah tuanku raja? Bangunlah, bersukacitalah dan makanlah. Hamba akan mendapatkan ladang anggur Nabot bagi tuanku!”


Pada hari ketujuh jamuan itu, raja minum sehingga berasa sangat gembira. Kemudian raja memanggil tujuh orang sida-sida yang menjadi pelayan peribadinya: Mehuman, Bizta, Harbona, Bigta, Abagta, Zetar, dan Karkas.


dan menghasilkan wain untuk menghiburkan hati, minyak zaitun untuk menyerikan muka, dan makanan untuk memberikan tenaga.


Pesta membuat kamu girang, wain pun membuat kamu riang, tetapi tanpa wang kamu tidak mendapat kedua-duanya.


Sebaik-baiknya yang dapat dilakukan oleh manusia adalah makan, minum, dan menikmati hasil usaha mereka. Namun aku sedar bahawa semua ini pemberian Allah juga.


Oleh itu, aku yakin bahawa orang harus bergembira. Hanyalah makan, minum, dan bersuka-ria yang dapat dinikmati mereka. Setidak-tidaknya mereka dapat berbuat demikian semasa bersusah payah sepanjang hayat yang diberikan Allah kepada mereka di dunia ini.


Makanlah, minumlah, dan bergembiralah! Minumlah wain dan bergembiralah; Allah tidak melarangnya.


Apa sahaja yang kamu lakukan, sama ada makan ataupun minum, lakukanlah semuanya untuk memuliakan Allah.


Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah.


Sedang mereka bersuka-suka, tiba-tiba beberapa orang yang sumbang laku dari kota itu mengepung rumah itu, lalu mula memukul-mukul pintu. Mereka berkata kepada orang tua itu, “Serahkanlah lelaki yang di rumahmu itu. Kami hendak memburit dengan dia!”


Oleh itu orang Lewi itu duduk, lalu makan dan minum bersama-sama bapa perempuan itu. Kemudian bapa perempuan itu berkata, “Tinggallah semalam lagi dan bersenang-senanglah.”


Apabila orang Lewi itu, gundiknya, dan hambanya hendak berangkat, bapa perempuan itu berkata, “Lihatlah, hari sudah hampir malam. Lebih baik kamu bermalam di sini dan bersenang-senang. Esok kamu boleh bangun pagi-pagi dan berangkat pulang.”


Kemudian Rut pergi ke tempat mengirik barli dan melakukan seperti yang disuruh oleh ibu mentuanya.


Kira-kira pada tengah malam, Boas terjaga dan membalikkan badannya. Dia terkejut melihat seorang wanita tidur dekat kakinya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan