Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 2:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Ketua pekerja itu menjelaskan, “Dia wanita asing yang baru datang dari Moab bersama dengan Naomi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Ketua pekerja para penuai itu pun menjawab, “Perempuan bani Moab ini pulang bersama-sama Naomi dari bumi Moab.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Ketua pekerja itu menjelaskan, “Dia wanita asing yang baru datang dari Moab bersama dengan Naomi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 2:6
10 Iomraidhean Croise  

Tetapi Abram berkata, “Ya TUHAN Raja, apakah gunanya pahala itu bagiku kerana aku tidak mempunyai anak? Orang yang akan mewarisi hartaku hanya Eliezer, hambaku dari Damsyik.


Pada suatu hari dia berkata kepada hambanya yang paling tua, yang mengurus segala harta bendanya, “Letakkanlah tanganmu di antara pangkal pahaku dan bersumpahlah.


Potifar suka kepada Yusuf dan melantik dia sebagai pelayan peribadinya; lalu Potifar memberikan tugas kepada Yusuf untuk mengurus rumah tangganya dan segala kepunyaannya.


Pada petang hari, pemilik ladang anggur itu berkata kepada ketua para pekerja, ‘Panggillah pekerja-pekerja itu dan bayarlah upah masing-masing, mulai daripada pekerja yang datang terakhir sampai kepada pekerja yang datang awal sekali.’


“Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan.


Tetapi Rut menjawab, “Janganlah suruh saya pulang. Benarkanlah saya mengikut mak. Ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama. Di mana saja mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal. Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga.


Mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka sampai di Betlehem. Apabila mereka tiba, segenap penduduk kota itu heboh. Kaum perempuan di situ berkata, “Betulkah dia itu Naomi?”


Demikianlah kisahnya Naomi pulang dari Moab bersama dengan Rut menantunya, orang Moab itu. Mereka tiba di Betlehem pada permulaan musim menuai barli.


Kemudian Boas bertanya kepada ketua pekerjanya, “Siapakah keluarga wanita itu?”


Dia minta izin untuk mengikut para pekerja kita memungut barli yang tercicir. Sejak pagi lagi dia bekerja, dan baru saja dia berhenti untuk berehat sebentar di pondok.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan