Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 2:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kemudian Rut pergi ke ladang. Dia mengikut para penuai di sana, sambil memungut barli yang terjatuh. Kebetulan dia berada di ladang kepunyaan Boas, seorang daripada sanak saudara Elimelekh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Berangkatlah dia ke ladang lalu mengutip barli di belakang para penuai; dan kebetulan pula, Rut sampai di tempat ladang milik Boas, yang berasal daripada kaum Elimelekh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kemudian Rut pergi ke ladang. Dia mengikut para penuai di sana, sambil memungut barli yang terjatuh. Kebetulan dia berada di ladang kepunyaan Boas, seorang daripada sanak saudara Elimelekh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 2:3
10 Iomraidhean Croise  

Pemuda itu menjawab, “Kebetulan saya berada di Gunung Gilboa, dan saya nampak Raja Saul bersandar pada tombaknya. Pada masa itu banyak kereta kuda dan pasukan berkuda musuh yang sudah mendekat untuk mengepung baginda.


Di kota Gilgal ada seorang pengacau bernama Seba anak Bikri, daripada suku Benyamin. Dia meniup trompet lalu berseru, “Kita tidak ada hubungan dengan Raja Daud! Jangan ikut baginda! Hai orang Israel, marilah kita pulang!”


Sedang Gehazi menceritakan cara Elisa menghidupkan seorang yang telah mati, perempuan itu menghadap raja. Oleh itu Gehazi berkata kepada raja, “Tuanku, inilah perempuan itu, dan inilah anaknya yang telah dihidupkan semula oleh Elisa!”


Kamu dapat membeli dua ekor burung pipit dengan mata wang yang paling kecil. Meskipun demikian tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa persetujuan Bapa kamu.


Kebetulan pada masa itu seorang imam lalu di situ. Apabila dia melihat orang itu, dia menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.


Demi nama Tuhan Yesus Kristus kami memerintah dan memperingatkan orang seperti itu, bahawa mereka mesti hidup dengan sepatutnya dan mencari nafkah sendiri.


Pada suatu hari, Rut berkata kepada Naomi, “Benarkanlah saya pergi ke ladang untuk mengumpulkan barli yang terjatuh dari tangan para penuai. Tentu saya akan menemui orang yang akan membiarkan saya berbuat begitu.” Naomi menjawab, “Pergilah, anakku.”


Tidak berapa lama kemudian, Boas sendiri datang dari Betlehem. Dia memberikan salam kepada para pekerjanya. “Semoga TUHAN menyertai kamu!” katanya. “Semoga TUHAN memberkati tuan!” jawab mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan