Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 1:20 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

20 Naomi menjawab, “Janganlah panggil saya Naomi. Panggillah saya Mara, kerana Allah Yang Maha Kuasa telah menjadikan kehidupan saya pahit.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

20 Tetapi dia berkata kepada mereka, “Janganlah memanggilku Naomi; panggil aku Mara, kerana Yang Maha Kuasa telah membuat hidupku terlalu pahit.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

20 Naomi menjawab, “Janganlah panggil saya Naomi. Panggillah saya Mara, kerana Allah Yang Maha Kuasa telah menjadikan kehidupan saya pahit.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 1:20
16 Iomraidhean Croise  

Ketika Abram berumur 99 tahun, TUHAN menampakkan diri kepadanya dan berfirman, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa. Taatilah Aku dan lakukanlah kehendak-Ku selalu.


Semoga Allah Yang Maha Kuasa membuat gabenor itu kasihan kepada kamu, sehingga dia mahu mengembalikan Benyamin dan Simeon. Bagi aku, jika memang aku harus kehilangan anak-anakku, apa boleh buat.”


Dapatkah engkau memahami hal-hal yang dalam tentang Allah? Dapatkah engkau menyelami batas keagungan Yang Maha Kuasa?


Ketahuilah bahawa Allah yang menyalahkan aku. Dia telah memasang perangkap untuk menangkap aku.


Berbahagialah orang yang ditegur Allah! Janganlah berasa kecil hati jika engkau diajar-Nya.


Allah Yang Maha Kuasa telah memanah aku, dan racunnya merebak ke seluruh tubuhku. Allah menyerang aku seperti pasukan lawan, maka aku sangat ketakutan.


Dia tidak membenarkan aku menarik nafas; Dia memenuhi hidupku dengan kepahitan.


Ya Allah, sepanjang hari aku menderita; setiap pagi aku diseksa.


Ya TUHAN, mengapakah Engkau menolak aku? Mengapakah Engkau menyembunyikan diri-Mu daripadaku?


Kemudian mereka tiba di suatu tempat yang bernama Mara, tetapi air di situ sangat pahit sehingga tidak dapat diminum. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Mara.


Aku juga telah membuat perjanjian dengan mereka. Aku berjanji untuk memberi mereka tanah Kanaan, tanah tempat mereka dahulu tinggal sebagai orang asing.


Sepanjang malam aku berteriak kesakitan, seolah-olah singa sedang mematahkan tulangku. Kufikir Allah akan mengakhiri hidupku.


Pada masa kita dihukum, hukuman itu membuat kita susah hati, bukannya senang hati. Tetapi kemudian, orang yang dihukum untuk menunjukkan kesalahan mereka, akan hidup menurut kehendak Allah dan mengalami kesejahteraan.


“Akulah yang pertama dan yang terakhir,” firman Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang.


Aku tidak nampak rumah ibadat di kota itu, kerana rumah ibadat itu Tuhan Allah Yang Maha Kuasa dan Anak Domba.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan