Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 1:17 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

17 dan di mana-mana sahaja ibu mati, di situ jugalah aku mati dan dikuburkan. Semoga beginilah kiranya yang dilakukan TUHAN kepadaku, malahan lebih lagi, jika apa-apa pun selain maut memisahkan aku dan ibu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 1:17
18 Iomraidhean Croise  

Tetapi Itai menjawab, “Tuanku, hamba bersumpah kepada tuanku, demi TUHAN yang hidup bahawa ke mana pun tuanku pergi, hamba akan ikut juga, meskipun menghadapi kematian.”


Raja Daud juga menyuruh mereka berkata kepada Amasa, “Engkau kerabat beta. Mulai sekarang beta melantik engkau menjadi panglima tentera untuk menggantikan Yoab. Biarlah Allah membunuh beta jika hal itu tidak beta lakukan!”


Sepanjang hari orang cuba memujuk Raja Daud supaya makan sedikit, tetapi baginda bersumpah, “Biarlah Allah membunuh beta, jika beta makan apa-apa sebelum matahari terbenam!”


Lebih baik hamba menolong Raja Daud, kerana TUHAN telah berjanji kepada baginda untuk mengambil kerajaan ini daripada Raja Saul dan keturunannya, lalu melantik Raja Daud menjadi raja seluruh Israel dan Yehuda. Biarlah Allah membunuh hamba jika hamba tidak melaksanakan janji Allah kepada Raja Daud.”


Kemudian nabi itu berkata kepada anak-anaknya, “Apabila aku meninggal, kuburlah aku di kubur ini, dan letakkanlah mayatku di sisi mayatnya.


Izebel mengirim berita kepada Elia, katanya, “Biarlah para dewa membunuh aku, jika esok pada waktu ini aku tidak memperlakukan engkau seperti engkau memperlakukan nabi-nabi itu.”


Kemudian Raja Salomo bersumpah demi TUHAN, titahnya, “Biarlah Allah membunuh beta jika beta tidak menjatuhkan hukuman mati kepada Adonia kerana meminta perkara itu!


daripada Raja Benhadad, “Raja hamba sekalian akan datang dengan cukup banyak askar untuk memusnahkan kota tuanku, sehingga mereka dapat membawa debu dari puing-puing kota dalam tangan mereka. Baginda bersumpah agar dewa-dewa membunuh baginda jika baginda tidak melakukan hal itu!”


Raja berseru, “Semoga Allah membunuh beta jika kepala Elisa tidak dipancung pada hari ini!”


Antara wanita yang disayangi tuanku terdapat puteri-puteri, dan di sebelah kanan takhta tuanku berdiri permaisuri yang memakai perhiasan emas murni.


Apabila dia tiba di Antiokhia dan melihat Allah memberkati orang di situ, dia bersukacita. Lalu dia menggalakkan mereka semua supaya tetap setia kepada Tuhan dengan sepenuh hati.


Tetapi aku tidak mengambil berat sama ada aku hidup atau mati. Aku hanya ingin menyelesaikan tugas yang aku terima daripada Tuhan Yesus. Aku diberikan tugas untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang rahmat Allah.


Tetapi Rut menjawab, “Janganlah suruh saya pulang. Benarkanlah saya mengikut mak. Ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama. Di mana saja mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal. Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga.


Menantumu yang mengasihi kamu telah memperlakukan kamu lebih baik daripada tujuh orang anak lelaki. Sekarang dia telah memberi kamu seorang cucu yang akan memberikan hidup yang baru kepadamu, dan menjamin hari tuamu.”


Raja Saul bertitah kepadanya, “Biarlah beta dihukum Allah jika engkau tidak dihukum mati, Yonatan!”


Tetapi jika dia berniat untuk mencelakakan engkau, biarlah TUHAN membunuh aku jika aku tidak memberitahukan hal itu kepadamu dan menyelamatkan engkau. Semoga TUHAN menyertai engkau sebagaimana Dia menyertai bapaku dahulu!


Biarlah Allah membunuh aku jika aku tidak membunuh tiap-tiap orang lelaki di sana sebelum matahari terbit!”


Eli bertanya, “Apakah yang difirmankan TUHAN kepadamu? Ceritakanlah segalanya kepadaku. Jika ada sesuatu yang engkau rahsiakan, tentu engkau akan dihukum dengan berat oleh Allah.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan