Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 1:14 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Rut dan Orpa menangis lagi dengan tersedu-sedu. Kemudian Orpa mencium ibu mentuanya dan mengucapkan selamat tinggal, lalu pulang. Tetapi Rut tidak mahu meninggalkan ibu mentuanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 Semakin nyaring tangisan mereka berdua, lalu Orpa mencium mertuanya, memohon diri dan berangkat tetapi Rut memaut mertuanya dengan kuat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Rut dan Orpa menangis lagi dengan tersedu-sedu. Kemudian Orpa mencium ibu mentuanya dan mengucapkan selamat tinggal, lalu pulang. Tetapi Rut tidak mahu meninggalkan ibu mentuanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 1:14
22 Iomraidhean Croise  

Bahkan kamu tidak memberi aku kesempatan pun untuk mencium anak cucuku sebagai perpisahan. Bodoh betul tindakanmu itu!


Awal pagi esoknya, Laban memberikan ciuman perpisahan kepada anak cucunya, memberkati mereka, lalu pulang ke tempat tinggalnya.


Kemudian Raja Daud dan semua anak buahnya menyeberangi Sungai Yordan. Raja Daud mencium Barzilai dan memberkati dia. Kemudian Barzilai pulang ke rumahnya.


Kemudian Elisa meninggalkan lembu-lembunya, mengejar Elia dan berkata, “Benarkanlah saya berjumpa dengan ibu bapa saya dahulu untuk minta diri, lalu saya akan mengikut tuan.” Elia menjawab, “Pulanglah, saya tidak melarang kamu!”


Sahabat sentiasa saling mengasihi, dan sanak keluarga saling menanggung kesusahan.


Ada sahabat yang tidak setia, ada pula yang lebih karib daripada saudara kandung.


TUHAN akan mengasihani umat-Nya Israel dan memilih mereka lagi sebagai milik-Nya sendiri. Dia akan menempatkan mereka di negeri mereka sendiri, dan orang bangsa asing pun akan datang dan tinggal bersama-sama mereka di sana.


Pada masa itu, sepuluh orang asing akan datang kepada satu orang Yahudi dan berkata, ‘Kami juga mahu diberkati seperti kamu kerana kami mendengar bahawa Allah menyertai kamu.’ ”


Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Demikian juga sesiapa yang lebih mengasihi anak lelaki atau anak perempuannya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku.


Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku.


Apabila orang muda itu mendengar hal ini, dia meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya.


Beberapa orang mengikut Paulus dan percaya kepada Yesus. Antara mereka termasuk Dionisius, anggota mesyuarat Areopagus dan seorang wanita bernama Damaris serta beberapa orang lain.


Hormatilah TUHAN, Allah kamu, dan beribadatlah kepada Dia sahaja. Setialah kepada-Nya dan bersumpahlah demi nama-Nya sahaja.


tetapi kamu yang tetap setia kepada TUHAN, Allah kamu, masih hidup hingga hari ini.


Demas sudah meninggalkan aku kerana mencintai dunia ini. Dia sudah pergi ke Tesalonika. Kreskes pun sudah pergi ke Galatia dan Titus ke Dalmatia.


Kita ini bukanlah umat yang tidak lagi percaya kepada Allah, dan bukan umat yang sesat. Sebaliknya, kita beriman dan diselamatkan.


sanggupkah kamu menunggu sehingga mereka besar? Patutkah hal itu menghalangi kamu berkahwin dengan orang lain? Janganlah begitu, anakku. Aku sedih dengan apa yang terpaksa kamu alami kerana hukuman TUHAN terhadap aku.”


Naomi berkata kepadanya, “Lihatlah Rut, birasmu sudah pulang kepada bangsanya dan dewa-dewanya. Pergilah, anakku. Pulanglah seperti birasmu.”


Mereka berangkat bersama-sama untuk balik ke Yehuda. Tetapi dalam perjalanan,


Boas menjawab, “Saya telah mendengar segala sesuatu yang kamu lakukan bagi ibu mentuamu sejak suamimu meninggal. Saya tahu bahawa kamu telah meninggalkan ibu bapa dan negeri kamu untuk tinggal bersama dengan bangsa yang tidak kamu kenal.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan