Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 1:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1-2 Pada zaman sebelum umat Israel mempunyai raja, kebuluran berlaku di tanah Kanaan. Pada waktu itu ada seorang lelaki bernama Elimelekh. Dia daripada puak Efrata, dan tinggal di Betlehem di wilayah Yehuda. Oleh sebab kebuluran itu, dia pergi ke negeri Moab bersama dengan isterinya Naomi, serta dua orang anak lelakinya, Mahlon dan Kilyon. Mereka tinggal di Moab untuk sementara waktu. Semasa mereka di sana,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Maka bala kebuluran menimpa bumi Israel pada zaman pemerintahan para hakim. Pada masa itu ada seorang lelaki dari Betlehem di Tanah Yehuda datang menghuni di negeri Moab bersama-sama isteri dan dua orang anak lelakinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1-2 Pada zaman sebelum umat Israel mempunyai raja, kebuluran berlaku di tanah Kanaan. Pada waktu itu ada seorang lelaki bernama Elimelekh. Dia daripada puak Efrata, dan tinggal di Betlehem di wilayah Yehuda. Oleh sebab kebuluran itu, dia pergi ke negeri Moab bersama dengan isterinya Naomi, serta dua orang anak lelakinya, Mahlon dan Kilyon. Mereka tinggal di Moab untuk sementara waktu. Semasa mereka di sana,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 1:1
26 Iomraidhean Croise  

Tetapi ada kebuluran yang sangat dahsyat di negeri Kanaan, sehingga Abram pergi lebih jauh lagi ke selatan, ke negeri Mesir, lalu tinggal di sana untuk sementara waktu.


Kebuluran berlaku lagi di negeri itu seperti yang terjadi pada zaman Abraham. Kemudian Ishak pergi menghadap Raja Abimelekh, raja orang Filistin, di Gerar.


Kebuluran di Kanaan bertambah buruk. Setelah keluarga Yakub menghabiskan semua gandum yang dibawa dari Mesir, Yakub berkata kepada anak-anak lelakinya, “Pergilah ke sana lagi dan belilah gandum untuk kita.”


Pada masa pemerintahan Raja Daud, kebuluran yang dahsyat pernah berlaku selama tiga tahun. Oleh itu Raja Daud bertanya kepada TUHAN, lalu TUHAN menjawab, “Raja Saul dan keluarganya sudah berdosa. Mereka telah membunuh orang Gibeon.” (


Maka Elia berangkat. Kebuluran di Samaria pada masa itu sangat dahsyat,


Salma, anak lelakinya yang kedua ialah pembina kota Betlehem; Haref, anak lelakinya yang ketiga ialah pembina kota Bet-Gader.


Salma, pembina kota Betlehem ialah nenek moyang orang Netofa, orang Atarot-Bet-Yoab, dan orang Zori, iaitu salah satu daripada dua puak yang tinggal di Manahti. (


TUHAN mendatangkan kebuluran di negeri mereka, dan mengambil segala makanan mereka.


Dia menyebabkan tanah subur menjadi padang tandus, akibat kezaliman orang yang tinggal di sana.


Demikianlah firman TUHAN kepadaku tentang masa kemarau,


“Hai manusia fana, jika sesuatu bangsa berdosa dan menderhaka terhadap-Ku, Aku akan menghukum mereka dan memusnahkan bekalan makanan mereka. Aku akan mendatangkan kebuluran dan membunuh baik manusia mahupun binatang.


Inilah firman TUHAN Raja, “Aku akan mendatangkan empat hukuman yang paling dahsyat kepada Yerusalem untuk membinasakan baik manusia mahupun binatang. Hukuman itu peperangan, kebuluran, binatang buas, dan wabak.


Aku akan mematahkan kekuasaan yang kamu banggakan. Hujan tidak akan turun sehingga tanah kamu menjadi kering dan keras seperti besi.


Akulah yang mendatangkan kebuluran kepada semua kota kamu, tetapi kamu tidak kembali kepada-Ku.


Oleh itu TUHAN akan membiarkan umat-Nya dikuasai musuh sehingga wanita yang akan bersalin itu melahirkan anak lelakinya. Selepas itu orang dalam pembuangan akan berkumpul semula dengan sesama bangsa mereka.


Kamu akan menanam banyak benih, tetapi menuai sedikit sahaja kerana belalang akan makan hasil tanaman kamu.


Selepas Yefta, umat Israel dipimpin oleh Ebzan. Dia berasal dari Betlehem.


Pada masa itu juga ada seorang pemuda daripada suku Lewi. Dahulu dia tinggal di kota Betlehem di wilayah Yehuda.


Tetapi kini dia telah meninggalkan kota itu dan sedang mencari tempat tinggal yang lain. Dalam perjalanannya itu dia tiba di rumah Mikha di kawasan perbukitan Efraim.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan