Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Pengkhutbah 7:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Lebih baik melawat keluarga yang berkabung daripada keluarga yang berpesta, kerana orang hidup perlu diingatkan bahawa kematian sentiasa menunggu kita semua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Pergi ke rumah orang berkabung lebih baik daripada pergi ke rumah orang berpesta kerana kesudahan setiap insan memang di rumah orang berkabung. Semoga setiap insan yang hidup memperingati hal ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Lebih baik melawat keluarga yang berkabung daripada keluarga yang berpesta, kerana orang hidup perlu diingatkan bahawa kematian sentiasa menunggu kita semua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Pengkhutbah 7:2
29 Iomraidhean Croise  

Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami, supaya kami menjadi bijak bestari.


Orang bijak tahu ke mana mereka pergi, sedangkan orang bodoh tidak.” Tetapi aku tahu juga bahawa kesudahan mereka semua sama!


Tidak seorang pun ingat akan orang bijak, ataupun orang bodoh. Pada masa yang akan datang mereka semua akan dilupakan. Semua orang mesti mati, baik yang bijak mahupun yang bodoh.


Bukankah manusia dan binatang senasib? Kedua-duanya makhluk dan kedua-duanya pun akan mati. Manusia tidak lebih baik daripada binatang, kerana bagi kedua-duanya hidup itu sia-sia.


Kedua-duanya kembali ke tempat yang sama - ke tanah. Kedua-duanya berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah.


Hal itu lebih baik daripada orang yang hidup dua ribu tahun tetapi tidak pernah menikmati hidup, kerana kedua-duanya menuju ke tempat yang sama.


Memang tidak ada bezanya! Nasib yang sama menimpa setiap orang jujur mahupun orang derhaka, orang baik mahupun orang jahat, orang yang tahir mahupun orang yang najis, orang yang mempersembahkan korban mahupun orang yang tidak mempersembahkan korban. Orang baik tidak lebih bertuah daripada orang berdosa, dan orang yang bersumpah tidak lebih bertuah daripada orang yang tidak mahu bersumpah.


Nasib manusia semuanya sama dan hal itu salah, seperti semua kejadian lain di dunia ini. Selama manusia hidup, fikiran mereka penuh dengan kejahatan dan kebodohan, dan tiba-tiba mereka meninggal.


Orang yang masih hidup tahu bahawa mereka akan mati, tetapi orang yang telah mati tidak tahu apa-apa pun. Mereka tidak mendapat ganjaran lagi, mereka telah dilupakan orang.


Kamu berfikir bahawa kamu akan menjadi ratu selama-lamanya, kamu tidak cuba mengerti, ataupun memikirkan kesudahan semuanya.


Jangan masuk ke rumah orang yang sedang berpesta. Jangan duduk dan makan minum bersama-sama mereka.


Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada kamu!


Kamu mesti menghormati Aku dengan perbuatan kamu. Jika kamu tidak mahu mendengarkan firman-Ku, Aku akan mengutuk kamu. Aku akan mengutuk segala sesuatu yang kamu terima sebagai rezeki. Sesungguhnya, Aku sudah mengutuk semuanya kerana kamu tidak mengendahkan perintah-Ku.


Keturunan Israel bagaikan debu tidak terbilang; mereka terlalu banyak untuk dihitung. Semoga akhir hayat hamba seperti akhir hayat salah seorang umat Allah; semoga hamba meninggal dengan tenang seperti orang jujur.”


Berbahagialah orang yang bersedih hati, Allah akan menghiburkan mereka!


Mereka tidak tahu mengapa mereka dikalahkan, mereka tidak dapat memahami apa yang sudah berlaku.


dia berkata, “Kamu mesti patuh kepada semua perintah yang aku berikan kepada kamu hari ini. Beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu, supaya mereka taat dengan setia kepada segala ajaran Allah.


Hidup orang seperti itu akan berakhir dengan kehancuran, kerana mereka bertuhankan keinginan tubuh mereka sendiri. Mereka membanggakan hal-hal yang seharusnya memalukan. Mereka hanya memikirkan perkara-perkara duniawi.


Semua orang mesti mati satu kali, dan setelah itu dihakimi oleh Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan