Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Pengkhutbah 3:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 waktu untuk membunuh dan waktu untuk menyembuhkan, waktu untuk merobohkan dan waktu untuk membina.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 ada waktu untuk membunuh, ada waktu untuk menyembuhkan; ada waktu untuk merobohkan, ada waktu untuk membina;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 waktu untuk membunuh dan waktu untuk menyembuhkan, waktu untuk merobohkan dan waktu untuk membina.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Pengkhutbah 3:3
21 Iomraidhean Croise  

Manusia diciptakan seperti Allah; oleh itu, sesiapa yang membunuh manusia akan dibunuh oleh manusia juga.


Tetapi apabila hamba-Ku bernubuat, apabila Aku mengutus hamba-Ku untuk menyatakan rancangan-Ku, Aku melaksanakan nubuat dan rancangan itu. Aku berfirman bahawa Yerusalem akan didiami semula, dan kota-kota Yehuda akan dibina semula. Kota-kota itu akan bangkit daripada runtuhan.


Kemudian Dia berfirman kepadaku, “Tumpulkanlah fikiran umat ini, tulikanlah telinga mereka dan butakanlah mata mereka supaya mereka tidak dapat melihat, atau mendengar, ataupun mengerti. Jika mereka tidak demikian, mungkin mereka kembali kepada-Ku lalu disembuhkan.”


Pada hari ini Aku memberi engkau kuasa atas bangsa dan kerajaan untuk mencabut dan menjatuhkannya, untuk membinasakan dan menggulingkannya, untuk membina dan menegakkannya.”


Sebagaimana dahulu Aku telah berjaga untuk mencabut, meruntuhkan, menggulingkan, memusnahkan dan menghancurkan mereka, begitu juga Aku akan berjaga untuk menegakkan dan membangunkan mereka semula.


Tetapi kelak Aku akan memulihkan keadaan kota ini dan menyembuhkan penduduknya. Aku akan melimpahkan kedamaian dan keamanan kepada mereka.


Tetapi sekarang Aku, TUHAN, sedang merobohkan apa yang telah Aku bina; Aku sedang mencabut apa yang telah Aku tanam. Aku akan melakukan perkara itu kepada seluruh bumi ini.


Aku bermaksud untuk merobohkan tembok yang dikapur mereka. Aku akan menghancurkannya sehingga batu asasnya kelihatan. Tembok itu akan roboh dan membunuh kamu semua. Barulah setiap orang tahu bahawa Akulah TUHAN.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada Hagai, “Bangsa ini berkata bahawa belum masanya untuk membina semula Rumah-Ku.”


“Hai umat-Ku, mengapa kamu tinggal di dalam rumah mewah, sedangkan Rumah-Ku masih reruntuhan?


Kemudian malaikat itu berkata, “Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Engkau murka kepada Yerusalem dan kota-kota di Yehuda selama tujuh puluh tahun. Sampai bilakah Engkau akan tetap murka dan tidak mengampuni mereka?”


Akulah satu-satunya Allah; tiada yang lain kecuali Aku. Aku mencabut nyawa, dan Aku memberikan nyawa, Aku melukai orang, dan Aku menyembuhkan orang; tidak seorang pun dapat melawan perbuatan-Ku.


Jika seseorang berdosa terhadap manusia, Allah dapat membelanya; tetapi jika seseorang berdosa terhadap TUHAN, siapakah yang dapat membelanya?” Tetapi anak-anak Eli itu tidak mempedulikan nasihat bapa mereka, kerana TUHAN sudah mengambil keputusan untuk membinasakan mereka.


TUHAN mematikan manusia, Dia juga menghidupkan mereka. Dia menghantar manusia ke dunia orang mati, dan Dia juga membawa mereka kembali.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan