Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Pengkhutbah 2:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kerana didorong oleh keinginan untuk beroleh hikmat, aku bertekad untuk menggembirakan hati dengan minum wain dan bersuka-suka. Aku menyangka inilah cara terbaik bagi seseorang menikmati hidupnya yang singkat di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Aku memikir-mikirkan betapa air anggur merangsang tubuhku walhal akal budiku terus memimpinku dengan hikmah — dan cara menguasai kebodohan sampai aku mampu menyedari apa yang baik-baik bagi anak-anak manusia, yakni perkara yang seharusnya dilakukan mereka dalam ruang lingkup usia mereka hidup di bawah langit ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kerana didorong oleh keinginan untuk beroleh hikmat, aku bertekad untuk menggembirakan hati dengan minum wain dan bersuka-suka. Aku menyangka inilah cara terbaik bagi seseorang menikmati hidupnya yang singkat di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Pengkhutbah 2:3
22 Iomraidhean Croise  

Yakub menjawab, “Hamba sudah hidup seratus tiga puluh tahun sebagai pengembara. Hidup hamba ini singkat dan penuh dengan kesukaran, tidak seperti panjangnya umur nenek moyang hamba yang hidup sebagai pengembara.”


Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup lagi? Tetapi aku akan terus menunggu, sehingga masa kesusahanku berlalu.


dan menghasilkan wain untuk menghiburkan hati, minyak zaitun untuk menyerikan muka, dan makanan untuk memberikan tenaga.


Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk.


Aku bertekad untuk mengetahui perbezaan antara pengetahuan dan kebodohan, antara hikmat dan kebebalan. Tetapi ternyata aku ini seperti mengejar angin sahaja.


Pesta membuat kamu girang, wain pun membuat kamu riang, tetapi tanpa wang kamu tidak mendapat kedua-duanya.


Inilah kesimpulan daripada semuanya: Hormatilah Allah, dan taatilah segala perintah-Nya, kerana bagi maksud itulah manusia diciptakan.


Sebaik-baiknya yang dapat dilakukan oleh manusia adalah makan, minum, dan menikmati hasil usaha mereka. Namun aku sedar bahawa semua ini pemberian Allah juga.


Jika Allah memberi orang harta dan kekayaan, dan membolehkan mereka menikmati kekayaan itu, haruslah mereka bersyukur dan menikmati segala hasil kerja mereka. Itu juga pemberian Allah.


Bagaimana orang dapat mengetahui apa yang terbaik bagi hidup manusia yang pendek dan sia-sia ini - hidup yang segera lenyap seperti bayang-bayang? Bagaimanakah orang dapat mengetahui apa yang akan berlaku di dunia ini setelah mereka meninggal?


Hindarilah kedua-dua hal yang keterlaluan itu. Jika kita menghormati Allah, tentu kita akan berjaya.


Aku tekun belajar dan mencari pengetahuan supaya mendapat hikmat dan jawapan bagi pertanyaanku. Aku mencuba memahami bahawa kebodohan itu kejahatan dan kebebalan itu kegilaan.


Oleh itu, aku yakin bahawa orang harus bergembira. Hanyalah makan, minum, dan bersuka-ria yang dapat dinikmati mereka. Setidak-tidaknya mereka dapat berbuat demikian semasa bersusah payah sepanjang hayat yang diberikan Allah kepada mereka di dunia ini.


“Tidak seorang pun dapat menjadi hamba kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau dia akan setia kepada yang seorang dan menghina yang lain. Demikianlah kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan.


Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah.


Tetapi pokok anggur itu menjawab, ‘Aku tidak dapat berhenti menghasilkan wain yang menyukakan hati dewa dan manusia, semata-mata untuk memerintah kamu.’


Ketika Abigail pulang kepada Nabal, ada jamuan besar di rumahnya, seperti jamuan raja. Oleh sebab Nabal mabuk dan bersukaria, Abigail tidak memberitahukan apa-apa pun kepadanya sehingga keesokan hari.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan