Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Pengkhutbah 1:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Orang bekerja dan membanting tulang seumur hidup, tetapi apakah hasil yang dapat dibanggakan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Apa keuntungan yang diperoleh manusia atas segala jerih payahnya di bawah matahari?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Orang bekerja dan membanting tulang seumur hidup, tetapi apakah hasil yang dapat dibanggakan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Pengkhutbah 1:3
23 Iomraidhean Croise  

Kemudian aku merenungkan segala yang telah kulakukan, dan betapa kuat aku telah mengusahakannya. Lalu aku sedar bahawa segalanya tidak bermakna. Usahaku itu sia-sia seperti mengejar angin.


Tiada sesuatu pun yang telah kuusahakan dan kucapai bermakna bagiku, kerana aku tahu bahawa aku mesti menyerahkannya kepada penggantiku.


Siapa tahu? Mungkin dia bijak, mungkin dia bodoh! Namun dia akan mewarisi semua yang telah kuusahakan; segala yang telah kuperoleh di dunia dengan hikmatku. Semua itu sia-sia.


Manusia bekerja dan khuatir seumur hidup, tetapi apakah hasilnya?


Apakah hasil semua usaha kita?


Yang lebih bahagia lagi ialah orang yang belum dilahirkan, yang belum nampak ketidakadilan yang berlaku di dunia ini.


Ada lagi perkara yang sia-sia dalam hidup ini.


Kita hidup dalam kegelapan dan kesedihan, kekhuatiran, kemarahan, serta kesakitan.


Jika Allah memberi orang harta dan kekayaan, dan membolehkan mereka menikmati kekayaan itu, haruslah mereka bersyukur dan menikmati segala hasil kerja mereka. Itu juga pemberian Allah.


Bagaimana orang dapat mengetahui apa yang terbaik bagi hidup manusia yang pendek dan sia-sia ini - hidup yang segera lenyap seperti bayang-bayang? Bagaimanakah orang dapat mengetahui apa yang akan berlaku di dunia ini setelah mereka meninggal?


Tiap-tiap orang yang hidup haruslah mempunyai hikmat; hal itu sama baiknya dengan menerima warisan,


Aku juga melihat contoh baik tentang bagaimana hikmat dihargai orang di dunia ini.


Nasib manusia semuanya sama dan hal itu salah, seperti semua kejadian lain di dunia ini. Selama manusia hidup, fikiran mereka penuh dengan kejahatan dan kebodohan, dan tiba-tiba mereka meninggal.


Kasih, kebencian, dan nafsu mereka, semuanya lenyap bersama-sama mereka. Mereka tidak lagi mengambil bahagian dalam apa-apa hal yang berlaku di dunia ini.


Mengapakah kamu membeli sesuatu yang tidak memuaskan? Mengapakah kamu bekerja untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan? Dengarlah firman-Ku dan turutlah perintah-Ku, maka kamu akan menikmati makanan yang terbaik.


Bangsa-bangsa yang kamu taklukkan menghabiskan tenaga dengan sia-sia; segala sesuatu yang dibina oleh mereka habis dimakan api. TUHAN Yang Maha Kuasa telah melakukan hal ini.


Apakah gunanya berhala? Berhala hanya buatan manusia dan yang kamu dapat daripadanya hanya dusta belaka. Apakah keuntungan yang diperoleh pembuat berhala dengan berhala? Berhala tidak dapat bercakap!


Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati? Dapatkah seseorang menukar hidup itu dengan sesuatu? Tentu tidak.


Janganlah berusaha untuk mendapat makanan yang boleh menjadi basi, tetapi berusahalah untuk mendapat makanan yang boleh memberikan hidup sejati dan kekal. Itulah makanan yang akan diberikan oleh Anak Manusia kepada kamu, kerana Dia sudah dilantik oleh Allah Bapa.”


Aku menganjurkan kamu supaya menurut pimpinan orang seperti itu dan setiap orang yang bekerjasama, dan melayani jemaah dengan mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan