Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:30 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

30 Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka. Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu, tetapi umat-Mu menutup telinga. Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

30 Selama bertahun-tahun Engkau sabar terhadap mereka dan menerusi Roh-Mu, Engkau mengingatkan mereka dengan perantaraan para nabi-Mu, tetapi mereka tidak mahu mendengar. Oleh sebab itu Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa segala negeri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

30 Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka. Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu, tetapi umat-Mu menutup telinga. Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:30
34 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja Asyur membawa umat Israel ke Asyur sebagai orang tawanan, lalu menempatkan sebilangan daripada mereka di kota Halah, sebilangan di tepi Sungai Habor di daerah Gozan, dan sebahagian lagi di kota-kota negeri Madai.


Dengan perantaraan para nabi, hamba-hamba-Nya, TUHAN berfirman,


TUHAN mengutus nabi-nabi untuk memberikan amaran kepada mereka supaya kembali mengabdi kepada-Nya, tetapi mereka tidak mahu mendengarkan.


Tetapi sekarang, ya Allah, setelah semua kejadian itu, apakah yang dapat kami katakan? Sekali lagi kami telah melanggar perintah-Mu


Demi kebaikan-Mu, Engkau memberitahu mereka apa yang harus dilakukan; Engkau memberi mereka manna sebagai makanan, Engkau memberi mereka air sebagai minuman.


Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu; mereka membelakangi Taurat-Mu. Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran, dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu. Berulang kali mereka menghina Engkau,


Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu, tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu. Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan, tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.


Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang, sentiasa sabar, baik, dan setia.


Selama empat puluh tahun Aku muak terhadap mereka; Aku berfirman, ‘Alangkah derhakanya mereka! Mereka enggan taat kepada perintah-Ku.’


Dia hendak mengajar kita huruf demi huruf, kata demi kata, dan ayat demi ayat.”


Siapakah yang menyerahkan Israel kepada tangan musuh? TUHAN sendiri, kerana kita telah berdosa terhadap-Nya! Kita tidak mahu hidup menurut kehendak-Nya ataupun mentaati ajaran-Nya.


Aku menahan kemurkaan-Ku, supaya orang memuji nama-Ku. Aku menahan kemarahan-Ku, supaya kamu tidak dibinasakan.


tetapi mereka memberontak terhadap-Nya dan menyedihkan hati-Nya. Oleh itu TUHAN memusuhi dan melawan mereka.


TUHAN terus-menerus mengutus para nabi, iaitu hamba-hamba-Nya kepada kamu, tetapi kamu tidak mahu mendengarkan dan memperhatikan mereka.


Sampai hari ini negeri kamu runtuh dan tiada sesiapa pun tinggal di situ. Keadaannya mengerikan. Tambahan pula orang menggunakan namanya sebagai kutuk. Semua perkara itu berlaku kerana TUHAN tidak sabar lagi terhadap kezaliman dan kejahatan kamu.


Aku terus-menerus mengutus hamba-Ku, para nabi kepada kamu; mereka melarang kamu melakukan kejahatan yang Aku benci.


Tetapi kamu tidak mahu mendengarkan atau memperhatikannya. Kamu tidak mahu meninggalkan perbuatan jahat; kamu tetap mempersembahkan korban kepada dewa-dewa.


Sejak nenek moyang kamu keluar dari Mesir sampai hari ini, Aku sentiasa mengutus hamba-hamba-Ku, para nabi, kepada kamu.


Akhirnya TUHAN melakukan apa yang telah diancamkan-Nya; Dia membinasakan kita tanpa belas kasihan seperti yang diperingatkan-Nya kepada kita dahulu. Dia memberi musuh kita kemenangan, dan mereka bersukacita kerana kejatuhan kita.


Kami tidak mendengarkan nabi-nabi, hamba-hamba-Mu, yang telah berucap demi nama-Mu kepada raja, penguasa, dan nenek moyang kami, serta seluruh bangsa kami.


Mereka mengeraskan hati sehingga tidak menurut ajaran yang telah Kuberikan kepada mereka dengan perantaraan nabi-nabi dahulu. Oleh itu Aku sangat murka.


Aku tidak menjawab doa mereka kerana mereka tidak mahu mendengar ketika Aku berfirman.


Dua daripada tujuh puluh orang pemimpin itu, iaitu Eldad dan Medad, tinggal di perkhemahan dan tidak pergi ke Khemah TUHAN. Di perkhemahan itu, Roh turun ke atas mereka dan mereka pun mula berseru seperti nabi.


Dia bersabar terhadap mereka selama empat puluh tahun di padang gurun.


Dengan pendirian yang berlainan mereka meninggalkan tempat itu, kerana Paulus mengatakan hal ini kepada mereka, “Memang benar apa yang dikatakan oleh Roh Allah melalui Nabi Yesaya kepada nenek moyang saudara-saudara!


Alangkah kerasnya kepala saudara-saudara! Alangkah degilnya saudara semua, sehingga tidak mahu taat kepada Allah dan tidak mahu mendengar firman Allah! Saudara-saudara seperti nenek moyang saudara semua; saudara semua selalu melawan Roh Allah!


Kamu mungkin meremehkan kebaikan hati Allah, kemurahan hati-Nya, dan kesabaran-Nya yang tidak terhingga. Kamu tentu tahu bahawa Allah menunjukkan kebaikan hati-Nya kerana Dia mahu kamu bertaubat daripada dosa.


Roh Kristus ada pada diri para nabi, dan Roh itu bernubuat tentang penderitaan yang harus ditanggung oleh Kristus, dan tentang kemuliaan-Nya yang akan menyusul. Para nabi berusaha mengetahui masa dan bagaimana hal itu akan berlaku.


Hal itu demikian kerana tidak ada nubuat yang disampaikan oleh para nabi, berasal daripada kehendak manusia. Tetapi Roh Allah menguasai orang semasa mereka menyampaikan perkhabaran yang datang daripada Allah.


Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan