Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:29 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

29 Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu, tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu. Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan, tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

29 Engkau memperingatkan mereka agar mereka berbalik kepada hukum Taurat-Mu tetapi mereka bersikap angkuh dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu. Mereka berdosa menentang segala peraturan-Mu, padahal orang yang mentaatinya akan hidup kerananya. Mereka membalikkan diri tanda membangkang, mengeraskan hati dan enggan mendengar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

29 Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu, tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu. Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan, tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:29
34 Iomraidhean Croise  

TUHAN telah mengutus beberapa orang utusan dan nabi-Nya untuk memberikan amaran kepada Israel dan Yehuda. Firman TUHAN, “Berhentilah berbuat jahat dan taatlah kepada perintah-Ku yang terkandung dalam Taurat yang Aku berikan kepada nenek moyang kamu dan juga kamu melalui para nabi, hamba-hamba-Ku.”


Tetapi mereka tidak mahu taat; mereka degil seperti nenek moyang mereka yang tidak percaya kepada TUHAN, Allah mereka.


TUHAN mengutus nabi-nabi untuk memberikan amaran kepada mereka supaya kembali mengabdi kepada-Nya, tetapi mereka tidak mahu mendengarkan.


Walaupun TUHAN memberikan amaran kepada Raja Manasye dan rakyatnya, namun mereka tidak mahu menghiraukan amaran itu.


Selama itu TUHAN, Allah nenek moyang mereka, terus-menerus mengutus nabi untuk memberikan amaran kepada umat-Nya, kerana Dia hendak menyelamatkan mereka dan Rumah TUHAN.


Pada masa itu aku nampak penduduk Yehuda memeras buah anggur pada hari Sabat. Sebilangan orang lain memuat biji-bijian, wain, buah anggur, buah ara, dan barang-barang lain ke atas keldai mereka, lalu membawanya ke Yerusalem. Aku memberikan amaran kepada mereka supaya tidak menjual apa-apa pada hari Sabat.


Engkau melakukan mukjizat yang luar biasa, untuk melawan raja, pegawai, dan rakyat raja, kerana Engkau tahu bagaimana umat-Mu ditindas oleh mereka. Oleh itu Engkau termasyhur sehingga hari ini.


Tetapi nenek moyang kami keras kepala dan angkuh, mereka tidak mentaati perintah-Mu.


Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu; mereka membelakangi Taurat-Mu. Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran, dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu. Berulang kali mereka menghina Engkau,


Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka. Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu, tetapi umat-Mu menutup telinga. Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.


Oleh itu, Musa dan Harun pergi menghadap raja lalu berkata kepadanya, “TUHAN, Allah orang Ibrani berfirman, ‘Berapa lama lagi engkau tidak mahu tunduk kepada-Ku? Benarkanlah umat-Ku pergi supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku.


Tetapi nenek moyang kamu tidak mahu mendengarkan Aku atau memperhatikan firman-Ku. Mereka degil dan tidak mahu taat atau menerima ajaran daripada-Ku.


bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, berfirman begini, “Oleh sebab kamu degil dan tidak mahu mendengar firman-Ku, maka Aku akan mendatangkan segala hukuman yang telah Kurancangkan ke atas kota ini dan ke atas semua pekan di sekitarnya.”


Kemudian aku berkata lagi, “TUHAN telah memberitahu kamu semua yang masih tinggal di Yehuda supaya tidak pergi ke Mesir. Oleh itu aku memperingatkan kamu sekarang,


Kemudian Azarya anak Hosaya dan Yohanan anak Kareah dan semua orang lain yang sombong itu berkata kepadaku, “Kamu berdusta! TUHAN, Allah kita, tidak menyuruh kamu melarang kami untuk pergi tinggal di Mesir.


Tetapi sehingga hari ini kamu masih belum merendahkan diri. Kamu tidak menghormati Aku atau hidup menurut semua hukum yang telah Kuberikan kepada kamu dan nenek moyang kamu.


Tetapi tiada sesiapa pun yang mendengarkan atau memperhatikan mereka. Malah kamu menjadi lebih degil dan lebih suka memberontak daripada nenek moyang kamu.


Aku memberi mereka perintah-Ku dan mengajar mereka hukum-Ku, yang memberikan hidup kepada sesiapa yang mentaatinya.


Tetapi kerana baginda menjadi sombong, keras kepala, dan kejam, baginda diturunkan daripada takhta lalu kehilangan keagungannya.


Oleh itu Aku mengutus nabi-nabi-Ku untuk menyampaikan perkhabaran-Ku kepada kamu bahawa kamu harus dihukum dan dibinasakan. Yang Aku inginkan daripada kamu sudah nyata dan jelas.


Turutilah segala hukum dan perintah yang Aku berikan kepada kamu. Orang yang melaksanakannya akan selamat. Akulah TUHAN.”


Yesus menjawab, “Mengapakah kamu bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Allah yang baik. Taatilah hukum Allah jika kamu hendak beroleh hidup sejati dan kekal.”


Yesus berkata kepadanya, “Jawapanmu itu benar. Berbuatlah demikian, dan kamu akan mendapat hidup sejati dan kekal.”


Inilah yang ditulis oleh Musa tentang cara berbaik semula dengan Allah melalui ketaatan kepada Taurat, “Orang yang mentaati Taurat akan hidup.”


Tetapi Taurat tidak berdasarkan iman. Di dalam Alkitab tertulis, “Orang yang melakukan semua hukum Taurat akan hidup kerana Taurat itu.”


Banyak bencana yang dahsyat akan menimpa mereka, tetapi nyanyian ini akan tetap dinyanyikan dan menjadi saksi terhadap mereka. Bahkan sekarang pun, sebelum Aku membawa mereka ke tanah yang Aku janjikan, Aku sudah tahu fikiran mereka.”


Aku tahu betapa degilnya umat ini. Mereka sentiasa memberontak. Mereka telah memberontak terhadap TUHAN pada masa hidupku, dan tentu mereka akan semakin memberontak setelah aku meninggal.


Pada hari ini aku menyuruh langit dan bumi menjadi saksi terhadap kamu bahawa jika kamu tidak taat kepadaku, kamu akan segera lenyap dari tanah itu. Kamu tidak akan tinggal lama di tanah di seberang Sungai Yordan, yang segera akan kamu duduki. Kamu akan dibinasakan sama sekali.


Aku memberitahu kamu bahawa Akulah TUHAN, Allah kamu, dan bahawa kamu tidak boleh menyembah dewa-dewa orang Amori, yang negerinya kamu diami sekarang. Tetapi kamu tidak mentaati firman-Ku.’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan