Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:27 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

27 sehingga Engkau membiarkan musuh mengalahkan dan menguasai mereka. Pada masa kesusahan, mereka berseru minta tolong kepada-Mu; dari syurga, Engkau menjawab mereka. Demi belas kasihan-Mu Engkau mengutus para pemimpin, yang menyelamatkan mereka daripada musuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

27 Atas sebab itulah Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan pihak lawan yang menyesakkan mereka. Namun demikian, ketika mereka berseru kepada-Mu pada masa mereka mengalami kesesakan, dari syurga Engkau mendengar permohonan mereka, dan kerana kasih sayang-Mu yang sebegitu besar, Kauberi mereka beberapa orang penyelamat yang melepaskan mereka daripada tangan pihak musuh mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

27 sehingga Engkau membiarkan musuh mengalahkan dan menguasai mereka. Pada masa kesusahan, mereka berseru minta tolong kepada-Mu; dari syurga, Engkau menjawab mereka. Demi belas kasihan-Mu Engkau mengutus para pemimpin, yang menyelamatkan mereka daripada musuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:27
19 Iomraidhean Croise  

TUHAN menghantar seorang pemimpin yang membebaskan Israel daripada penindasan orang Siria. Sejak itu Israel hidup dengan tenteram seperti sediakala.


TUHAN tidak bermaksud untuk membinasakan Israel selama-lamanya. Oleh itu Dia menyelamatkan mereka dengan perantaraan Raja Yerobeam II.


TUHAN menolak segenap umat Israel. Dia menghukum dan menyerahkan mereka kepada musuh yang kejam, sehingga akhirnya Dia membuang mereka dari tanah yang diberikan-Nya kepada mereka.


tetapi hendaklah kamu menyembah Aku TUHAN, Allah kamu, maka Aku akan menyelamatkan kamu daripada musuh.”


Oleh itu TUHAN mendatangkan raja Babilonia untuk menyerang mereka. Raja Babilonia membunuh kaum belia Yehuda, bahkan orang yang berada di dalam Rumah TUHAN. Raja itu tidak mengasihani sesiapa pun, muda atau tua, lelaki atau perempuan, orang sakit ataupun orang sihat. Allah menyerahkan mereka semua kepada raja Babilonia.


Namun Engkau tidak meninggalkan mereka di padang pasir, kerana rahmat-Mu sungguh besar! Engkau tidak mengambil balik tiang awan atau tiang api yang menunjukkan jalan kepada mereka pada siang dan malam hari.


Dia membebaskan kita daripada musuh-musuh kita; kasih-Nya kekal abadi.


Aku akan menentang kamu sehingga kamu dikalahkan musuh. Orang yang membenci kamu akan menjajah kamu, dan kamu akan menjadi begitu takut sehingga kamu akan lari walaupun tidak ada orang yang mengejar kamu.


Orang Yerusalem yang berjaya akan menyerang Edom dan menaklukinya. TUHAN sendiri akan memerintah sebagai raja.”


Apabila TUHAN memberi mereka seorang pemimpin, TUHAN menolong pemimpin itu dan menyelamatkan mereka daripada musuh selama pemimpin itu hidup. TUHAN mengasihani mereka apabila mereka mengeluh kerana dianiaya dan ditindas.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan