Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:26 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

26 Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu; mereka membelakangi Taurat-Mu. Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran, dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu. Berulang kali mereka menghina Engkau,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

26 Namun begitu, mereka menderhaka dan memberontak terhadap Engkau serta membelakangi hukum Taurat-Mu dan membunuh para nabi-Mu yang mengingatkan mereka untuk berbalik kepada-Mu. Mereka mengucapkan pelbagai kekufuran terhadap Engkau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

26 Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu; mereka membelakangi Taurat-Mu. Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran, dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu. Berulang kali mereka menghina Engkau,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:26
35 Iomraidhean Croise  

Dosamu lebih besar daripada orang yang memerintah sebelum engkau. Engkau telah menolak Aku. Engkau membangkitkan kemurkaan-Ku apabila engkau membuat berhala dan patung daripada logam.


Tidakkah tuan tahu bahawa apabila Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, saya menyembunyikan seratus orang nabi di dalam gua? Saya membahagikan mereka menjadi dua kumpulan, lima puluh orang sekumpulan. Lalu saya memberi mereka makanan dan air minum.


Pada masa Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN, Obaja menyembunyikan seratus orang nabi di dalam gua. Dia membahagi mereka menjadi dua kumpulan, lima puluh orang sekumpulan. Dia memberikan makanan dan air minum kepada mereka.)


Elia menjawab, “Ya TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa, aku sentiasa mengabdi kepada-Mu dan kepada-Mu sahaja. Tetapi umat Israel telah melanggar perjanjian mereka dengan Engkau. Mereka merobohkan mazbah-Mu dan membunuh semua nabi-Mu. Hanya aku seorang yang masih hidup, dan kini mereka hendak membunuh aku pula!”


Dengan perantaraan para nabi, hamba-hamba-Nya, TUHAN berfirman,


“Raja Manasye telah melakukan perkara-perkara yang menjijikkan, yang lebih keji daripada perbuatan orang Kanaan. Dengan berhala-berhalanya, dia telah menyebabkan penduduk Yehuda berdosa.


Tetapi mereka mempermainkan utusan-utusan Allah itu, tidak menghiraukan firman-Nya, dan mentertawakan nabi-nabi-Nya. Akhirnya, TUHAN sangat murka terhadap mereka sehingga tiada lagi jalan keluar untuk melepaskan diri umat-Nya daripada hukuman-Nya.


Mereka membuat berhala berbentuk anak lembu, lalu berkata bahawa berhala itu memimpin mereka keluar dari Mesir. Ya TUHAN, mereka sangat menghina Engkau.


Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu, tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu. Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan, tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.


Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka. Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu, tetapi umat-Mu menutup telinga. Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.


kerana kamu tidak mahu menerima tegur ajar-Ku; kamu menolak perintah-Ku.


Beritahulah mereka bahawa demikianlah firman TUHAN, ‘Nenek moyang kamu berpaling daripada-Ku lalu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Mereka meninggalkan Aku dan tidak mahu taat kepada peraturan-Ku.


Sia-sia sahaja Aku menghukum kamu, kerana kamu tidak mahu menerima pengajaran-Ku. Seperti singa yang sedang mengamuk, demikianlah kamu membunuh para nabi kamu.


Aku membawa mereka ke tanah yang subur untuk menikmati hasilnya dan segala yang baik. Tetapi mereka merosakkan tanah-Ku; mereka menajiskan negeri yang Aku berikan kepada mereka.


Tetapi apabila mereka datang ke negeri ini dan mendudukinya, mereka tidak mentaati perintah-Mu, dan tidak hidup menurut ajaran-Mu. Mereka tidak melaksanakan satu pun daripada perintah-Mu. Oleh itu Engkau mendatangkan segala bencana ini kepada mereka.


Kemudian aku berkata lagi, “TUHAN telah memberitahu kamu semua yang masih tinggal di Yehuda supaya tidak pergi ke Mesir. Oleh itu aku memperingatkan kamu sekarang,


“Ya TUHAN, kami telah berdosa dan memberontak terhadap-Mu, dan Engkau belum lagi mengampuni kami.


Tetapi generasi kaum muda itu pun melawan Aku. Mereka melanggar hukum-Ku dan mengabaikan perintah-Ku yang memberikan hidup kepada sesiapa yang mentaatinya. Mereka mencemarkan hari Sabat. Aku telah bersedia untuk membiarkan mereka merasakan segala kedahsyatan kemurkaan-Ku di padang gurun itu dan Aku hendak membunuh mereka semua.


Tetapi penyewa-penyewa ladang itu menangkap hamba-hamba pemilik ladang itu; ada yang dipukul, ada yang dibunuh, dan ada lagi yang direjam.


Adakah seorang nabi yang tidak dianiaya oleh nenek moyang saudara semua? Mereka membunuh pesuruh-pesuruh Allah yang dahulu kala mengumumkan kedatangan Hamba Allah yang melakukan kehendak-Nya. Sekarang saudara-saudara sudah mengkhianati dan membunuh Dia.


Lembu dan kambing mereka menghasilkan banyak susu; mereka mempunyai domba, kambing, dan lembu yang terbaik, dan juga gandum, serta wain yang terbaik.


Umat TUHAN menjadi kaya, tetapi suka memberontak, mereka kenyang dengan makanan, dan mereka gemuk. Mereka meninggalkan Allah, Pencipta mereka, dan menolak Penyelamat mereka yang perkasa.


Sekali lagi umat Israel berdosa terhadap TUHAN. Mereka menyembah Baal dan Asytoret serta dewa-dewa bangsa Siria, Sidon, Moab, Amon, dan Filistin. Mereka meninggalkan TUHAN dan tidak lagi menyembah Dia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan