Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:25 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

25 Umat-Mu merampas kota-kota yang berkubu, tanah yang subur, dan rumah-rumah yang penuh dengan harta, perigi yang telah digali, pokok zaitun, pokok buah-buahan serta ladang anggur. Mereka makan sepuas hati sehingga menjadi gemuk; mereka menikmati segala pemberian-Mu yang baik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

25 Mereka merebut kota-kota berkubu dan tanah yang subur, mengambil begitu banyak rumah yang penuh dengan segala sesuatu yang baik, juga semua perigi, kebun anggur, kebun zaitun, serta pokok buah-buahan. Makanlah mereka hingga kenyang dan menjadi gemuk. Mereka hidup senang-lenang atas sebab kebaikan-Mu yang sebegitu besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

25 Umat-Mu merampas kota-kota yang berkubu, tanah yang subur, dan rumah-rumah yang penuh dengan harta, perigi yang telah digali, pokok zaitun, pokok buah-buahan serta ladang anggur. Mereka makan sepuas hati sehingga menjadi gemuk; mereka menikmati segala pemberian-Mu yang baik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:25
25 Iomraidhean Croise  

Dosamu lebih besar daripada orang yang memerintah sebelum engkau. Engkau telah menolak Aku. Engkau membangkitkan kemurkaan-Ku apabila engkau membuat berhala dan patung daripada logam.


Pada hari kelapan, Raja Salomo menyuruh semua orang itu pulang. Mereka pulang dengan sukacita, sambil memuji raja bagi segala berkat yang telah diberikan TUHAN kepada Raja Daud, hamba-Nya, dan segenap umat-Nya Israel.


Dengan berkat-Mu para raja memerintah umat-Mu, ketika mereka tinggal di negeri yang luas dan subur, tanah pemberian-Mu. Namun mereka tidak meninggalkan dosa, mereka tidak mahu mengabdi kepada-Mu.


Dia memberikan negeri bangsa asing kepada mereka, dan ladang-ladang mereka dijadikan milik umat-Nya,


Engkau menurunkan hujan lebat dan mengairi ladang yang dibajak; Engkau menggemburkan tanah dengan curahan hujan dan menjadikan tanaman tumbuh dengan subur.


Jika aku kaya, mungkin aku berkata aku tidak memerlukan Engkau. Sebaliknya, jika aku miskin, mungkin aku mencuri, lalu memalukan Allahku.


Kemudian Dia berfirman kepadaku, “Tumpulkanlah fikiran umat ini, tulikanlah telinga mereka dan butakanlah mata mereka supaya mereka tidak dapat melihat, atau mendengar, ataupun mengerti. Jika mereka tidak demikian, mungkin mereka kembali kepada-Ku lalu disembuhkan.”


Aku akan menceritakan kasih TUHAN; aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya. Dia telah memberkati umat Israel dengan berlimpah-limpah kerana rahmat-Nya dan kasih-Nya tidak berkesudahan.


Aku membawa mereka ke tanah yang subur untuk menikmati hasilnya dan segala yang baik. Tetapi mereka merosakkan tanah-Ku; mereka menajiskan negeri yang Aku berikan kepada mereka.


Para imam akan Kupuaskan dengan makanan yang berlimpah-limpah, dan memenuhi semua keperluan umat-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Tetapi apabila mereka datang ke negeri ini dan mendudukinya, mereka tidak mentaati perintah-Mu, dan tidak hidup menurut ajaran-Mu. Mereka tidak melaksanakan satu pun daripada perintah-Mu. Oleh itu Engkau mendatangkan segala bencana ini kepada mereka.


Ketika itulah Aku berjanji akan membawa mereka keluar dari Mesir, dan memimpin mereka ke tanah yang telah Kupilih untuk mereka, tanah yang kaya dan subur, dan terbaik.


Dia akan menyerang sebuah wilayah yang kaya dan subur tanpa memberikan amaran dan melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan oleh nenek moyangnya. Kemudian kepada pengikut-pengikutnya, dia akan membahagi-bahagikan barang rampasan dan kekayaan yang diperolehnya dalam peperangan. Dia akan membuat rancangan untuk menyerang kota-kota yang berkubu, tetapi waktunya segera akan habis.


Tetapi setelah kamu berada di negeri yang baik, dan kamu kenyang serta puas, kamu menjadi sombong dan lupa akan Aku.


Tetapi masanya akan tiba apabila umat Israel akan kembali kepada TUHAN, Allah mereka, dan kepada seorang daripada keturunan Raja Daud, raja mereka. Lalu mereka akan takut dan hormat kepada TUHAN, serta menerima pemberian-pemberian-Nya yang baik.


Kamu mungkin meremehkan kebaikan hati Allah, kemurahan hati-Nya, dan kesabaran-Nya yang tidak terhingga. Kamu tentu tahu bahawa Allah menunjukkan kebaikan hati-Nya kerana Dia mahu kamu bertaubat daripada dosa.


Semua kota itu diperkuat dengan tembok yang tinggi, pintu gerbang, dan palang untuk mengunci pintu gerbang. Selain itu, ada juga banyak pekan yang tidak mempunyai tembok.


Dia membolehkan mereka memerintah di gunung-gunung, mereka makan hasil tanaman di ladang-ladang. Mereka mendapat madu hutan di bukit batu; pokok zaitun mereka tumbuh subur di tanah yang berbatu.


Lembu dan kambing mereka menghasilkan banyak susu; mereka mempunyai domba, kambing, dan lembu yang terbaik, dan juga gandum, serta wain yang terbaik.


Umat TUHAN menjadi kaya, tetapi suka memberontak, mereka kenyang dengan makanan, dan mereka gemuk. Mereka meninggalkan Allah, Pencipta mereka, dan menolak Penyelamat mereka yang perkasa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan