Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:24 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

24 Mereka menduduki negeri Kanaan; Engkau mengalahkan penduduk negeri itu. Engkau memberi umat-Mu kuasa untuk memperlakukan penduduk dan raja-raja Kanaan dengan sesuka hati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

24 Kemudian masuklah keturunan mereka lalu menduduki negeri yang telah Engkau takluki di hadapan mereka dengan menundukkan penduduk negeri itu, iaitu bani Kanaan, lalu Kauserahkan semua orang itu berserta raja-raja dan bangsa-bangsa negeri itu ke dalam tangan mereka untuk diperlakukan sesuka hati mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

24 Mereka menduduki negeri Kanaan; Engkau mengalahkan penduduk negeri itu. Engkau memberi umat-Mu kuasa untuk memperlakukan penduduk dan raja-raja Kanaan dengan sesuka hati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:24
13 Iomraidhean Croise  

Raja Daud bertitah, “TUHAN Allah kamu telah menolong kamu. Dia telah memberi kamu keamanan di seluruh negeri. Dia telah membolehkan beta mengalahkan semua bangsa yang dahulu tinggal di negeri ini. Sekarang mereka takluk kepada kamu dan kepada TUHAN.


Oleh itu, orang Yahudi dapat berbuat apa sahaja terhadap musuh mereka. Orang Yahudi menyerang dengan pedang serta membunuh mereka.


Kamu berkata bahawa anak-anak kamu akan ditawan, tetapi merekalah yang akan Kubawa ke tanah yang kamu tolak. Tanah itu akan menjadi tempat tinggal mereka,


Lalu mereka akan insaf dan terlepas daripada perangkap Iblis yang telah menawan dan memaksa mereka mengikut kehendaknya.


Yosua menakluki seluruh tanah itu. Dia mengalahkan raja-raja di kawasan perbukitan, lereng-lereng bukit di sebelah timur, kaki-kaki bukit di sebelah barat dan juga tanah-tanah kering di sebelah selatan. Dia tidak membiarkan seorang pun hidup; dia membunuh tiap-tiap orang. Itulah perintah TUHAN, Allah Israel.


Yosua merebut seluruh tanah itu, menurut perintah TUHAN kepada Musa. Yosua membahagi-bahagikan tanah itu, lalu memberikan sebahagian kepada tiap-tiap suku Israel sebagai milik mereka sendiri. Umat Israel berhenti berperang dan negeri mereka aman.


dan Tirza - kesemuanya 31 orang raja.


Setelah menduduki negeri Kanaan, semua umat Israel berkumpul di Silo, lalu memasang Khemah TUHAN.


Demikianlah TUHAN memberi umat Israel seluruh tanah yang telah dijanjikan-Nya dengan sumpah kepada nenek moyang mereka. Setelah merebut tanah itu, mereka menetap di sana.


TUHAN menepati tiap-tiap janji-Nya kepada umat Israel.


Pada hari itu, Allah memberi orang Israel kemenangan atas Raja Yabin, raja Kanaan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan