Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:22 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

22 Engkau memberi mereka kemenangan atas banyak bangsa dan kerajaan yang bersempadan dengan negeri mereka. Mereka mengalahkan negeri Hesybon yang diperintah oleh Raja Sihon, dan kerajaan Raja Og di negeri Basan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

22 Kepada mereka, Engkau mengurniakan beberapa buah kerajaan serta bangsa, dan memberikan kepada mereka tanah bangsa-bangsa itu hingga setiap sudut bumi. Mereka pun menduduki tanah milik Sihon, raja Hesbon, dan tanah Og, raja Basan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

22 Engkau memberi mereka kemenangan atas banyak bangsa dan kerajaan yang bersempadan dengan negeri mereka. Mereka mengalahkan negeri Hesybon yang diperintah oleh Raja Sihon, dan kerajaan Raja Og di negeri Basan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:22
16 Iomraidhean Croise  

Dia memberikan negeri bangsa asing kepada mereka, dan ladang-ladang mereka dijadikan milik umat-Nya,


Akhirnya Tuhan bangun seolah-olah daripada tidur; Dia bersemangat seperti orang kuat yang sudah minum wain.


“Dengan kuasa-Ku yang besar dan dengan kekuatan-Ku, Aku telah menciptakan dunia, manusia, dan semua binatang di bumi; Aku dapat memberikan semua itu kepada sesiapa sahaja yang Aku kehendaki.


Tetapi apabila mereka datang ke negeri ini dan mendudukinya, mereka tidak mentaati perintah-Mu, dan tidak hidup menurut ajaran-Mu. Mereka tidak melaksanakan satu pun daripada perintah-Mu. Oleh itu Engkau mendatangkan segala bencana ini kepada mereka.


Aku membawa mereka ke tanah yang Aku janjikan, tetapi apabila mereka nampak bukit yang tinggi-tinggi dan pokok hijau, mereka mempersembahkan korban di tempat-tempat itu. Mereka membangkitkan kemurkaan-Ku dengan korban yang dibakar dan wain yang dipersembahkan mereka.


Hal ini berlaku setelah TUHAN mengalahkan Raja Sihon, raja orang Amori, yang memerintah di kota Hesybon, dan juga Raja Og, raja Basan, yang memerintah di kota Asytarot dan Edrei.


Aku seharusnya membinasakan mereka semua, supaya tidak seorang pun ingat akan mereka.


Mereka menduduki tanah Raja Sihon, dan juga tanah Raja Og di Basan, seorang raja Amori lain yang tinggal di sebelah timur Sungai Yordan.


Ketika orang Amori lari daripada umat Israel melalui genting gunung, TUHAN menurunkan hujan batu ke atas mereka sepanjang jalan sampai ke Azeka, sehingga lebih banyak orang yang terbunuh oleh hujan batu daripada yang dibunuh oleh orang Israel.


Yosua merebut seluruh tanah itu, menurut perintah TUHAN kepada Musa. Yosua membahagi-bahagikan tanah itu, lalu memberikan sebahagian kepada tiap-tiap suku Israel sebagai milik mereka sendiri. Umat Israel berhenti berperang dan negeri mereka aman.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan