Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:20 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

20 Demi kebaikan-Mu, Engkau memberitahu mereka apa yang harus dilakukan; Engkau memberi mereka manna sebagai makanan, Engkau memberi mereka air sebagai minuman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

20 Engkau mengurniakan Roh-Mu yang baik untuk mengajar mereka. Manna-Mu tidak Kautahan daripada mulut mereka dan Engkau memberi mereka air sebagai penawar haus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

20 Demi kebaikan-Mu, Engkau memberitahu mereka apa yang harus dilakukan; Engkau memberi mereka manna sebagai makanan, Engkau memberi mereka air sebagai minuman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:20
24 Iomraidhean Croise  

Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka. Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu, tetapi umat-Mu menutup telinga. Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.


Dia membelah bukit batu, lalu air memancar keluar, dan mengalir seperti sungai di gurun.


Engkaulah Allahku; ajarlah aku melakukan kehendak-Mu. Berbuat baiklah kepadaku, dan pimpinlah aku ke jalan yang selamat.


Apabila orang Israel melihatnya, mereka tidak tahu apa benda itu. Mereka bertanya satu sama lain, “Apakah benda ini?” Musa berkata kepada mereka, “Inilah makanan yang diberi oleh TUHAN kepada kamu untuk dimakan.


Orang Israel memakan manna selama empat puluh tahun sehingga mereka tiba di tanah Kanaan, tempat mereka menetap. (


TUHAN berfirman kepada Musa, “Sekarang Aku akan menghujani kamu semua dengan makanan dari langit. Tiap-tiap hari umat mesti keluar untuk mengumpulkan roti secukupnya bagi satu hari. Dengan cara ini Aku dapat menguji umat-Ku, supaya Aku tahu sama ada mereka mentaati perintah-Ku atau tidak.


Tetapi umat itu terlalu dahaga dan terus-menerus bersungut terhadap Musa. Mereka berkata, “Mengapa kamu membawa kami keluar dari Mesir? Adakah supaya kami dan anak-anak kami, serta ternakan kami mati kehausan?”


Aku akan berdiri di hadapan kamu di atas sebuah batu besar di Gunung Sinai. Pukullah batu itu, maka air akan memancar untuk diminum orang.” Musa melakukan hal itu di hadapan para pemimpin orang Israel.


Ketika TUHAN memimpin umat-Nya melalui padang gurun, mereka tidak kehausan. Dia mengeluarkan air dari bukit batu untuk mereka; Dia membelah bukit batu, lalu air pun memancut.


Mereka tidak akan lapar atau dahaga, dan tidak ditimpa angin panas dan terik matahari, kerana mereka dipimpin oleh penyayang mereka. Dia akan memimpin mereka ke mata air.


Ketika kamu keluar dari Mesir, Aku telah berjanji untuk selalu menyertai kamu. Sekarang pun Aku masih menyertai kamu. Oleh itu, kamu tidak perlu takut.


Aku akan turun dan berfirman kepadamu di tempat itu, dan mereka akan Kuberikan sebahagian daripada kuasa yang sudah Kuberikan kepadamu. Dengan demikian, mereka akan dapat membantu engkau memikul tanggungjawab atas umat ini, dan engkau tidak lagi memikulnya sendirian.


Yesus menjawab, “Jika kamu tahu akan pemberian Allah, dan siapa yang meminta minum daripadamu, tentu kamu akan meminta minum daripada-Nya, lalu Dia akan mengurniakan air yang memberikan hidup kepadamu.”


tetapi sesiapa minum air yang akan Aku berikan kepadanya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Air yang akan Aku berikan itu menjadi suatu mata air yang memancar di dalam dirinya, dan memberi dia hidup sejati dan kekal.”


Demi Tuhan kita Yesus Kristus, dan demi kasih yang dikurniakan oleh Roh Allah, aku menggesa kamu supaya berdoa dengan tekun kepada Allah bersama-sama aku untukku.


Mereka semua makan makanan rohani yang sama,


kerana cahaya itulah yang menyebabkan orang melakukan segala sesuatu yang baik, adil, dan tulus.


Pada masa itu manna tidak lagi jatuh ke tanah dan umat Israel tidak mendapatnya lagi. Mulai hari itu, mereka makan hasil tanaman di Kanaan.


Hal itu demikian kerana tidak ada nubuat yang disampaikan oleh para nabi, berasal daripada kehendak manusia. Tetapi Roh Allah menguasai orang semasa mereka menyampaikan perkhabaran yang datang daripada Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan