Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:19 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

19 Namun Engkau tidak meninggalkan mereka di padang pasir, kerana rahmat-Mu sungguh besar! Engkau tidak mengambil balik tiang awan atau tiang api yang menunjukkan jalan kepada mereka pada siang dan malam hari.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

19 Engkau tidak meninggalkan mereka di gurun itu atas sebab teramat besarnya kasih sayang-Mu. Tiang awan tidak meninggalkan mereka pada siang hari untuk memimpin mereka di jalan, demikian juga tiang api pada malam hari untuk menerangi jalan yang harus ditempuh mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

19 Namun Engkau tidak meninggalkan mereka di padang pasir, kerana rahmat-Mu sungguh besar! Engkau tidak mengambil balik tiang awan atau tiang api yang menunjukkan jalan kepada mereka pada siang dan malam hari.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:19
23 Iomraidhean Croise  

Engkau memimpin mereka dengan tiang awan pada siang hari, Engkau menerangi jalan mereka dengan tiang api pada malam hari.


sehingga Engkau membiarkan musuh mengalahkan dan menguasai mereka. Pada masa kesusahan, mereka berseru minta tolong kepada-Mu; dari syurga, Engkau menjawab mereka. Demi belas kasihan-Mu Engkau mengutus para pemimpin, yang menyelamatkan mereka daripada musuh.


Namun, kerana belas kasihan-Mu sangat besar, Engkau tidak meninggalkan ataupun membinasakan mereka. Engkau Allah yang pengasih dan berbelas kasihan!


Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya, dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.


Dia memimpin umat-Nya melalui gurun; kasih-Nya kekal abadi.


Orang Israel memindahkan perkhemahan mereka ke tempat lain hanya apabila awan itu naik dari atas Khemah TUHAN.


Selama pengembaraan orang Israel, mereka dapat melihat awan TUHAN di atas Khemah itu pada siang hari, dan api menyala-nyala di dalam awan itu pada malam hari.


TUHAN berfirman, “Ingatlah, hai Israel; ingatlah bahawa kamu hamba-Ku. Aku menciptakan kamu untuk menjadi hamba-Ku; Aku tidak akan melupakan kamu.


Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan;


Tetapi Aku tidak berbuat demikian kerana hal itu akan menyebabkan nama-Ku dihina antara bangsa-bangsa yang telah melihat Aku memimpin umat Israel keluar dari Mesir.


Tetapi kemudian Aku mengasihani mereka. Aku tidak membunuh mereka di padang gurun itu.


Tetapi Aku tidak berbuat demikian, kerana hal itu akan menyebabkan nama-Ku dihina antara bangsa-bangsa yang telah melihat Aku membawa umat Israel keluar dari Mesir.


Dengarkanlah kami, ya Allah; pandanglah kami, dan lihatlah kesusahan kami. Lihatlah penderitaan kota yang disebut dengan nama-Mu. Kami berdoa kepada-Mu kerana Engkau penuh belas kasihan dan bukan kerana jasa kami.


Engkau penuh belas kasihan dan keampunan, walaupun kami telah memberontak terhadap-Mu.


“Akulah TUHAN; Aku tidak berubah. Oleh itu kamu, keturunan Yakub, tidak dibinasakan sama sekali.


mereka akan memberitahukan hal itu kepada penduduk tanah ini, sedangkan mereka sudah mendengar bahawa Engkau, TUHAN, menyertai kami. Mereka sudah mendengar bahawa Engkau menampakkan diri apabila awan-Mu berhenti di atas kami, dan bahawa Engkau berjalan di hadapan kami dalam tiang awan pada siang hari, dan dalam tiang api pada malam hari.


Ingatlah bagaimana TUHAN, Allah kamu memimpin kamu dalam perjalanan jauh di padang gurun selama empat puluh tahun yang lampau; Dia mendatangkan kesukaran untuk menguji kamu supaya Dia dapat mengetahui isi hati kamu, dan mengetahui sama ada kamu akan taat kepada perintah-Nya atau tidak.


TUHAN sudah bersumpah bahawa Dia tidak akan meninggalkan kamu, kerana Dia sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kamu umat-Nya sendiri.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan