Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:15 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

15 Apabila mereka lapar, roti dari langit Engkau turunkan, apabila mereka dahaga, air dari batu Engkau pancarkan. Engkau menyuruh mereka menguasai tanah yang telah Engkau janjikan kepada mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

15 Engkau pula memberikan kepada mereka roti dari langit sebagai pengubat kelaparan, dan Engkau memancarkan air daripada bukit batu sebagai penawar kehausan. Engkau menyuruh mereka masuk menduduki negeri yang telah Kaujanjikan dengan bersumpah untuk dikurniakan kepada mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

15 Apabila mereka lapar, roti dari langit Engkau turunkan, apabila mereka dahaga, air dari batu Engkau pancarkan. Engkau menyuruh mereka menguasai tanah yang telah Engkau janjikan kepada mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:15
23 Iomraidhean Croise  

Tetapi Abram menjawab, “Hamba bersumpah di hadapan TUHAN, Allah Yang Maha Tinggi, Pencipta langit dan bumi,


Demi kebaikan-Mu, Engkau memberitahu mereka apa yang harus dilakukan; Engkau memberi mereka manna sebagai makanan, Engkau memberi mereka air sebagai minuman.


Allah yang mengubah bukit batu menjadi kolam air, dan tebing batu menjadi mata air.


TUHAN berfirman kepada Musa, “Sekarang Aku akan menghujani kamu semua dengan makanan dari langit. Tiap-tiap hari umat mesti keluar untuk mengumpulkan roti secukupnya bagi satu hari. Dengan cara ini Aku dapat menguji umat-Ku, supaya Aku tahu sama ada mereka mentaati perintah-Ku atau tidak.


Tetapi umat itu terlalu dahaga dan terus-menerus bersungut terhadap Musa. Mereka berkata, “Mengapa kamu membawa kami keluar dari Mesir? Adakah supaya kami dan anak-anak kami, serta ternakan kami mati kehausan?”


Aku akan berdiri di hadapan kamu di atas sebuah batu besar di Gunung Sinai. Pukullah batu itu, maka air akan memancar untuk diminum orang.” Musa melakukan hal itu di hadapan para pemimpin orang Israel.


Musa menyampaikan semua firman itu kepada orang Israel, tetapi mereka tidak mahu mendengarkan kata-katanya, kerana perhambaan yang kejam itu telah menyebabkan mereka putus asa.


Ketika TUHAN memimpin umat-Nya melalui padang gurun, mereka tidak kehausan. Dia mengeluarkan air dari bukit batu untuk mereka; Dia membelah bukit batu, lalu air pun memancut.


Tetapi apabila mereka datang ke negeri ini dan mendudukinya, mereka tidak mentaati perintah-Mu, dan tidak hidup menurut ajaran-Mu. Mereka tidak melaksanakan satu pun daripada perintah-Mu. Oleh itu Engkau mendatangkan segala bencana ini kepada mereka.


Oleh itu di padang gurun itu Aku berjanji tidak akan membenarkan mereka pergi ke tanah yang telah Aku berikan kepada mereka, tanah yang kaya dan subur, dan terbaik.


Aku sudah berjanji membenarkan kamu tinggal di tanah itu, tetapi tidak seorang pun antara kamu akan tinggal di situ kecuali Kaleb dan Yosua.


Aku, TUHAN, sudah berjanji untuk memberikan seluruh tanah itu kepada nenek moyang kamu Abraham, Ishak, dan Yakub, serta keturunan mereka. Pergilah dan dudukilah tanah itu.’ ”


Dia membiarkan kamu kelaparan lalu memberi kamu manna, iaitu sejenis makanan yang belum pernah dimakan oleh kamu atau nenek moyang kamu. Dia berbuat demikian untuk mengajar kamu bahawa manusia tidak hidup dengan roti sahaja, melainkan dengan tiap-tiap firman TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan