Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:13 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Dari langit Engkau turun ke Gunung Sinai; Engkau berfirman kepada umat-Mu sendiri. Engkau memberi mereka hukum, peraturan, dan perintah yang adil, benar, dan berfaedah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

13 Engkau turun dan hadir di atas Gunung Sinai dan berfirman kepada mereka dari langit. Kauberi mereka peraturan-peraturan yang adil, hukum-hukum yang benar, serta ketetapan-ketetapan dan perintah-perintah yang baik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Dari langit Engkau turun ke Gunung Sinai; Engkau berfirman kepada umat-Mu sendiri. Engkau memberi mereka hukum, peraturan, dan perintah yang adil, benar, dan berfaedah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:13
27 Iomraidhean Croise  

Hendaklah kamu sentiasa taat kepada hukum dan perintah yang telah Aku tuliskan untuk kamu. Jangan sembah tuhan-tuhan lain,


Ezra seorang yang terpelajar dan sangat mahir dalam Taurat yang diberikan oleh TUHAN, Allah Israel, kepada Musa. Raja memberikan apa sahaja yang diminta oleh Ezra kerana Ezra diberkati TUHAN, Allahnya. Pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Artahsasta, Ezra berangkat dari negeri Babilonia ke Yerusalem bersama-sama sekumpulan orang Israel, termasuk beberapa orang imam, orang Lewi, penyanyi, serta pengawal pintu Rumah TUHAN, dan para pekerja.


Engkau adil, ya TUHAN, dan hukum-Mu adil.


Segala firman-Mu benar, dan semua ketetapan-Mu yang adil itu abadi.


Engkau memberi kami hukum-Mu, ya TUHAN, dan menyuruh kami mematuhinya dengan setia.


Musa berkata kepada mereka, “TUHAN memerintahkan bahawa esok hari rehat, hari suci yang ditahbiskan bagi-Nya. Pada hari ini bakarlah apa yang hendak kamu bakar, dan rebuslah apa yang hendak kamu rebus. Yang selebihnya, hendaklah diketepikan dan disimpan untuk esok.”


dan siap pada hari lusa. Pada hari itu Aku akan turun ke Gunung Sinai. Di situ segenap umat akan dapat melihat Aku.


Kemudian Allah berfirman, dan inilah firman-Nya,


TUHAN menyuruh Musa berkata kepada orang Israel, “Kamu telah melihat bagaimana Aku, TUHAN telah berfirman kepada kamu dari langit.


Koyakkanlah langit dan turunlah, ya TUHAN! Gunung akan melihat Engkau, lalu gunung bergoncang kerana ketakutan.


Dahulu Engkau datang melakukan perkara-perkara yang mengerikan, yang tidak kami sangka. Engkau turun, dan gunung-gunung bergoncang kerana ketakutan.


Engkau datang lagi dari Edom; Engkau Allah yang suci datang dari perbukitan Paran. Keagungan-Mu meliputi langit; bumi penuh dengan pujian untuk-Mu.


Apabila aku melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan keinginanku, hal itu bererti aku mengakui bahawa Taurat itu baik.


TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala.


Pernahkah ada bangsa yang tetap hidup setelah mendengar suatu tuhan bersabda dari dalam api sebagaimana yang kamu alami?


Dia membenarkan kamu mendengar suara-Nya dari langit supaya Dia dapat mengajar kamu; di bumi ini Dia membenarkan kamu melihat api-Nya yang suci, dan dari api itu Dia berfirman kepada kamu.


Tidak ada bangsa mana pun, walaupun bangsa besar, yang mempunyai hukum seadil hukum yang sudah aku ajarkan kepada kamu hari ini.


Di atas gunung itu, dari dalam api, TUHAN berfirman langsung dengan kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan