Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Engkau membelah laut untuk membuat jalan bagi umat-Mu ke seberang, Engkau menghantar mereka ke seberang melalui dasar laut yang kering. Orang yang mengejar mereka lemas di laut yang dalam, mereka seperti batu yang tenggelam di laut yang seram.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

11 Engkau membelah laut di hadapan umat-Mu lantas mereka dapat berjalan menyeberangi laut di tanah yang kering, tetapi kalangan musuh yang mengejar mereka Kaucampakkan ke dasar air yang dalam seperti batu di air yang deras.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Engkau membelah laut untuk membuat jalan bagi umat-Mu ke seberang, Engkau menghantar mereka ke seberang melalui dasar laut yang kering. Orang yang mengejar mereka lemas di laut yang dalam, mereka seperti batu yang tenggelam di laut yang seram.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:11
16 Iomraidhean Croise  

Dia mengubah laut menjadi tanah kering, dan nenek moyang kami berjalan kaki menyeberanginya. Di sana kami bersukacita kerana perbuatan-Nya.


Dia membelah laut dan memimpin mereka menyeberanginya; Dia membuat air tegak seperti tembok.


TUHAN akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa.”


Dia menyebabkan roda-roda kereta kuda mereka tersekat sehingga susah bergerak. Orang Mesir berkata, “TUHAN memihak orang Israel untuk menentang kita. Marilah kita lari dari sini!”


Tetapi orang Israel melintasi laut di atas tanah yang kering, sedangkan air di sebelah kanan dan kiri merupakan tembok air.


Pada dahulu kala Engkau melakukan keajaiban dan hal-hal yang luar biasa di Mesir, dan sampai sekarang pun Engkau masih melakukannya, baik di kalangan orang Israel mahupun di kalangan semua bangsa lain. Dengan demikian Engkau termasyhur di merata tempat.


Saudara-saudaraku, ingatlah akan peristiwa yang berlaku kepada nenek moyang kita yang mengikut Musa. Mereka semua dilindungi oleh tiang awan, dan mereka menyeberangi Laut Merah dengan selamat.


Kerana beriman, orang Israel dapat menyeberang Laut Merah, seolah-olah mereka berjalan di atas tanah yang kering. Ketika orang Mesir cuba menyeberang, mereka mati lemas di dalam laut itu.


Kemudian satu malaikat perkasa mengangkat sebuah batu sebesar batu kisaran yang besar, lalu membuangnya ke dalam laut seraya berkata, “Demikianlah kota Babel yang agung itu akan dihempaskan dengan kuat, dan tidak akan dijumpai lagi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan