Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Engkau melakukan mukjizat yang luar biasa, untuk melawan raja, pegawai, dan rakyat raja, kerana Engkau tahu bagaimana umat-Mu ditindas oleh mereka. Oleh itu Engkau termasyhur sehingga hari ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Engkau menunjukkan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat di hadapan Firaun, semua pegawainya, dan seluruh penduduk negerinya, kerana Engkau tahu bahawa mereka telah bertindak angkuh terhadap nenek moyang kami. Demikianlah Engkau membuat nama-Mu masyhur, seperti yang nyata pada hari ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Engkau melakukan mukjizat yang luar biasa, untuk melawan raja, pegawai, dan rakyat raja, kerana Engkau tahu bagaimana umat-Mu ditindas oleh mereka. Oleh itu Engkau termasyhur sehingga hari ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:10
32 Iomraidhean Croise  

Tetapi nenek moyang kami keras kepala dan angkuh, mereka tidak mentaati perintah-Mu.


Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu, tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu. Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan, tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.


Biarlah mereka dikalahkan dan ketakutan selama-lamanya; biarlah mereka mati dalam kehinaan!


Sekarang aku tahu bahawa TUHAN lebih agung daripada semua tuhan, kerana Dia melakukan semua itu ketika orang Mesir bertindak dengan sangat angkuh terhadap orang Israel.”


Tetapi Aku akan menggunakan kuasa-Ku dan menghukum Mesir dengan melakukan hal-hal yang menakutkan di sana. Selepas itu, dia akan membenarkan kamu pergi.


“Siapakah TUHAN itu?” tanya raja. “Mengapakah beta harus mendengarkan dia dan membenarkan orang Israel pergi? Beta tidak kenal akan TUHAN itu, dan beta tidak akan membenarkan orang Israel pergi.”


TUHAN berfirman kepada Musa, “Dengarlah, Aku akan menjadikan engkau seperti Allah di hadapan raja, dan Harun, saudaramu akan bercakap kepadanya sebagai nabimu.


Tetapi Aku membiarkan engkau hidup untuk menunjukkan kuasa-Ku kepadamu, supaya nama-Ku termasyhur di seluruh dunia.


Hai Israel, begitu banyak yang telah kamu lihat, tetapi alangkah sedikit yang kamu fahami. Kamu mempunyai telinga, tetapi kamu tidak mendengar.”


Di manakah TUHAN, yang dengan kuasa-Nya telah melakukan perkara-perkara ajaib melalui Musa? Dia membelah air laut dan memimpin umat-Nya menyeberangi laut yang dalam, sehingga nama-Nya termasyhur selama-lamanya.” Seperti kuda liar mereka tidak tersandung kerana TUHAN memimpin mereka.


Sebagaimana ternak dipimpin ke lembah yang subur, demikian juga TUHAN memimpin umat-Nya dan memberi mereka rehat. Dia memimpin umat-Nya dan mendatangkan kehormatan bagi nama-Nya.


Pada dahulu kala Engkau melakukan keajaiban dan hal-hal yang luar biasa di Mesir, dan sampai sekarang pun Engkau masih melakukannya, baik di kalangan orang Israel mahupun di kalangan semua bangsa lain. Dengan demikian Engkau termasyhur di merata tempat.


Tetapi Aku tidak berbuat demikian, kerana hal itu akan menyebabkan nama-Ku dihina. Di hadapan penduduk Mesir, Aku telah mengumumkan kepada umat Israel bahawa Aku akan memimpin mereka keluar dari Mesir.


Sekarang beta, Nebukadnezar, memuji, menghormati, dan memuliakan Raja penguasa di syurga. Segala perbuatan-Nya benar dan adil. Dia sanggup merendahkan sesiapa yang berlaku sombong.”


Tuanku telah menentang Tuhan penguasa di syurga. Tuanku telah menggunakan mangkuk-mangkuk yang diambil dari Rumah TUHAN. Tuanku, para pembesar tuanku, semua isteri, dan gundik tuanku telah minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu, serta memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu - dewa-dewa yang tidak dapat melihat, atau mendengar, atau mengetahui apa-apa. Tuanku tidak menghormati Allah yang berkuasa menentukan sama ada tuanku hidup atau mati, dan yang menguasai segala perbuatan tuanku.


Engkau telah menunjukkan kuasa-Mu ketika Engkau membawa umat-Mu keluar dari Mesir, ya Tuhan, Allah kami. Kami masih ingat akan kuasa-Mu itu. Kami telah berdosa dan berbuat kesalahan.


Musa memimpin bangsa Israel keluar dari Mesir dengan melakukan berbagai-bagai mukjizat dan keajaiban di Mesir, di Laut Merah, dan kemudian di padang gurun selama empat puluh tahun.


Hal itu demikian, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Allah berfirman kepada raja Mesir, ‘Untuk maksud ini Aku melantik engkau menjadi raja, supaya melalui engkau, Aku menyatakan kekuasaan-Ku dan memasyhurkan nama-Ku di seluruh dunia.’ ”


Pernahkah ada suatu tuhan yang berani mengambil suatu umat daripada bangsa lain lalu menjadikan umat itu umatnya sendiri, seperti yang dilakukan oleh TUHAN, Allah kamu bagi kamu di Mesir? Di depan mata kamu sendiri Dia telah menggunakan kuasa dan kekuatan-Nya yang besar; Dia mendatangkan wabak dan peperangan, melakukan mukjizat dan keajaiban, serta menyebabkan perkara-perkara dahsyat berlaku.


Ingatlah akan malapetaka dahsyat yang kamu nampak dengan mata sendiri, mukjizat dan perbuatan ajaib, serta kuasa besar dan keperkasaan yang digunakan oleh TUHAN, Allah kamu untuk membebaskan kamu. Sebagaimana Dia membinasakan orang Mesir dahulu, begitu juga Dia akan membinasakan semua bangsa yang kamu takuti sekarang.


Demikian juga kamu, orang muda, hendaklah kamu taat kepada orang yang lebih tua. Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan