Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Apabila rakyat mendengar pembacaan Taurat itu, mereka begitu terharu sehingga mereka menangis. Oleh itu Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu, dan orang Lewi yang sedang menghuraikan Taurat itu memberitahu rakyat, “Hari ini hari yang khas untuk TUHAN, Allah kamu. Oleh itu janganlah bersedih atau menangis.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Kemudian Nehemia, pembesar itu, dan Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, juga bani Lewi yang mengajar umat itu berkata kepada seluruh rakyat, “Hari ini suci bagi TUHAN, Allahmu. Jangan berdukacita atau menangis!” Seluruh rakyat memang menangis ketika mendengar perkataan hukum Taurat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Apabila rakyat mendengar pembacaan Taurat itu, mereka begitu terharu sehingga mereka menangis. Oleh itu Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu, dan orang Lewi yang sedang menghuraikan Taurat itu memberitahu rakyat, “Hari ini hari yang khas untuk TUHAN, Allah kamu. Oleh itu janganlah bersedih atau menangis.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:9
30 Iomraidhean Croise  

Apabila raja mendengar kandungan kitab itu, baginda mengoyakkan pakaian baginda kerana dukacita.


lalu engkau bertaubat serta merendahkan dirimu di hadapan-Ku. Engkau mengoyakkan pakaianmu serta menangis ketika engkau mendengar ancaman-Ku terhadap Yerusalem dan penduduknya. Aku akan menghukum Yerusalem dengan dahsyat sehingga namanya akan menjadi satu kutukan, tetapi Aku telah mendengar doamu.


Sudah lama Israel tidak mengabdi kepada Allah yang benar, tidak mempunyai imam-imam yang mengajar mereka, dan tidak mempunyai hukum.


Raja Hizkia memuji orang Lewi atas kemahiran mereka memimpin ibadat kepada TUHAN. Selepas tujuh hari mereka menikmati makanan perayaan serta mempersembahkan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka,


Apabila raja mendengar kandungan kitab itu, baginda mengoyakkan pakaiannya kerana dukacita.


“Pergilah minta nasihat TUHAN bagi beta dan bagi segenap rakyat yang masih berada di Israel dan Yehuda, tentang ajaran kitab ini. TUHAN murka terhadap kita kerana nenek moyang kita tidak taat kepada firman TUHAN dan tidak melakukan apa yang tercatat di dalam kitab ini.”


Orang Lewi, iaitu guru-guru Israel yang telah dikhaskan untuk TUHAN, mendapat perintah ini daripada Raja Yosia, “Letakkanlah Tabut Perjanjian yang suci itu di Rumah TUHAN, yang dibina Raja Salomo putera Raja Daud. Tidak usah lagi kamu membawanya dari tempat ke tempat, tetapi hendaklah kamu mengabdikan diri kepada TUHAN, Allah kamu dan umat-Nya Israel.


Gabenor negeri Yehuda melarang mereka makan makanan yang telah dipersembahkan kepada Allah, sehingga ada seorang imam yang dapat meminta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.


Raja Artahsasta memberi Ezra, imam dan pakar Taurat itu, dokumen berikut:


Orang pertama yang menandatanganinya ialah Gabenor Nehemia anak Hakhalya. Dia diikuti oleh Zedekia, dan kemudian oleh orang yang berikut:


Semua orang itu hidup pada zaman Yoyakim anak Yesua, cucu Yozadak, dan pada zaman Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu.


Gabenor wilayah Yehuda melarang mereka makan makanan yang dipersembahkan kepada Allah, sebelum ada seorang imam yang dapat minta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.


Banyak orang yang memberikan sumbangan untuk menanggung biaya perbaikan Rumah TUHAN: Gabenor: - 8 kilogram emas - 50 mangkuk upacara - 530 jubah imam Pemimpin puak: - 168 kilogram emas - 1,250 kilogram perak Rakyat: - 168 kilogram emas - 140 kilogram perak - 67 jubah imam


Oleh itu Ezra membawa kitab itu ke hadapan semua orang yang berkumpul. Mereka terdiri daripada lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang dapat memahami kandungan kitab itu.


Dia menentukan waktu untuk menangis dan waktu untuk tertawa, waktu untuk berkabung dan waktu untuk menari,


untuk memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan, lagu pujian, dan bukan kesedihan. Mereka akan menjadi seperti pokok yang ditanam oleh TUHAN sendiri. Mereka akan melakukan hal yang benar, dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.


Umat-Ku binasa kerana mereka tidak mahu mengakui Aku. Kamu, imam-imam, tidak mempedulikan Aku dan telah menolak ajaran-Ku. Oleh itu Aku pun akan menolak kamu dan tidak mengakui anak-anak kamu sebagai imam-Ku.


Selain itu ada lagi yang kamu lakukan. Kamu menggenangi mazbah TUHAN dengan air mata; kamu menangis dan meratap kerana TUHAN tidak lagi menerima persembahan kamu.


Jika seseorang melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat, hal itu tidak bererti dia berbaik semula dengan Allah. Sebaliknya Taurat hanya menunjukkan manusia bahawa mereka berdosa.


Dahulu aku hidup tanpa hukum agama. Tetapi apabila aku mengetahui hukum itu, dosa mula berkuasa


Bersukacitalah di hadirat TUHAN di tempat itu, bersama dengan anak-anak kamu, hamba-hamba kamu, dan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu. Ingatlah, bahawa orang Lewi tidak akan mempunyai tanah mereka sendiri.


Di sana, di hadapan TUHAN, Allah kamu, yang sudah memberkati kamu, kamu bersama dengan keluarga akan makan dan menikmati segala hasil usaha kamu.


Bersukacitalah di hadirat TUHAN, bersama dengan anak-anak kamu, pekerja-pekerja kamu, orang Lewi, orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Lakukanlah hal ini di satu tempat ibadat itu.


Aku tidak makan sedikit pun daripada persepuluhan itu semasa aku berkabung. Aku tidak membawanya keluar dari rumah ketika aku najis. Aku tidak memberikannya sebagai persembahan bagi orang mati. Aku sudah menurut perintah-Mu, ya TUHAN. Aku sudah melakukan segala yang Engkau perintahkan tentang persembahan persepuluhan.


Hendaklah kamu menyesal, menangis, dan meratap! Hendaklah ketawa kamu menjadi tangisan dan kegembiraan kamu menjadi kedukaan!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan