Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Setelah itu mereka berdiri di tempat masing-masing, dan orang Lewi yang berikut menjelaskan Taurat itu kepada mereka: Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Sejumlah bani Lewi, iaitu Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya menolong umat untuk memahami hukum Taurat sementara umat berdiri di tempat masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Setelah itu mereka berdiri di tempat masing-masing, dan orang Lewi yang berikut menjelaskan Taurat itu kepada mereka: Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:7
27 Iomraidhean Croise  

Sedang rakyat berkumpul di situ, Raja Salomo berpaling untuk menghadap mereka, lalu memohon Allah memberkati mereka.


Raja Hizkia memuji orang Lewi atas kemahiran mereka memimpin ibadat kepada TUHAN. Selepas tujuh hari mereka menikmati makanan perayaan serta mempersembahkan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka,


Orang Lewi, iaitu guru-guru Israel yang telah dikhaskan untuk TUHAN, mendapat perintah ini daripada Raja Yosia, “Letakkanlah Tabut Perjanjian yang suci itu di Rumah TUHAN, yang dibina Raja Salomo putera Raja Daud. Tidak usah lagi kamu membawanya dari tempat ke tempat, tetapi hendaklah kamu mengabdikan diri kepada TUHAN, Allah kamu dan umat-Nya Israel.


Oleh sebab kebaikan hati Allah, mereka memberi kami Serebya, seorang Lewi yang cerdas daripada puak Mahli. Bersama dengan Serebya, datang juga anak-anak dan saudara-saudaranya, sejumlah lapan belas orang.


Para imam: Seraya, Azarya, Yeremia, Pasyhur, Amarya, Malkia, Hatus, Sebanya, Malukh, Harim, Meremot, Obaja, Daniel, Gineton, Barukh, Mesulam, Abia, Miyamin, Maazya, Bilgai, dan Semaya.


Sabetai dan Yozabad, dua orang Lewi kenamaan yang mengawasi pekerjaan di luar Rumah TUHAN.


Daripada pengawal Rumah TUHAN: Akub, Talmon, dan rakan-rakan mereka sebanyak 172 orang.


Sekumpulan imam yang meniup trompet, berjalan di belakang mereka. Imam-imam itu ialah Azarya, Ezra, Mesulam, Yehuda, Benyamin, Semaya, dan Yeremia. Mereka diikuti oleh Zakharia anak Yonatan, cucu Semaya. (Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Matanya, Mikha, dan Zakur daripada puak Asaf.)


Beberapa bahagian tembok yang berikut diperbaiki oleh orang Lewi dalam urutan ini: Rehum anak Bani membina bahagian tembok yang selanjutnya; Hasabya, penguasa setengah daerah Kehila, membina bahagian tembok yang selanjutnya, bagi pihak daerahnya;


Ezer anak Yesua, penguasa Mizpa, membina bahagian tembok yang selanjutnya, di hadapan gudang senjata sampai ke tempat tembok membelok;


Benyamin dan Hasub membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di hadapan rumah mereka; Azarya anak Maaseya, iaitu cucu Ananya, membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di depan rumahnya;


Kemudian semua orang itu pulang. Mereka makan dan minum sambil bersukacita, serta membahagikan makanan kepada orang lain, kerana mereka faham akan makna pembacaan yang didengar mereka itu.


Ezra berdiri di atas pentas kayu yang dibina khas untuk maksud itu. Matica, Sema, Anaya, Uria, Hilkia, dan Maaseya berdiri di sebelah kanannya; sedangkan Pedaya, Misael, Malkia, Hasum, Hasbadana, Zakharia, dan Mesulam berdiri di sebelah kirinya.


Ezra berkata, “Pujilah TUHAN, Allah yang agung!” Semua umat itu mengangkat tangan tinggi-tinggi dan menjawab, “Amin! Amin!” Kemudian mereka bersujud menyembah Allah.


Mereka menterjemahkan Taurat Allah itu bahagian demi bahagian dan menghuraikannya supaya rakyat mengerti.


Selama kira-kira tiga jam, kitab Taurat TUHAN, Allah mereka dibacakan kepada mereka, dan selama tiga jam berikutnya mereka mengakui dosa dan menyembah TUHAN, Allah mereka.


Di situ ada pentas yang disediakan untuk orang Lewi. Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani berdiri di atas pentas itu. Mereka berdoa kepada TUHAN, Allah mereka dengan suara nyaring.


Kamu mesti mengajar umat Israel semua hukum yang sudah Aku berikan kepada kamu melalui Musa.”


Para imam wajib mengajarkan apa yang benar tentang Allah. Rakyat harus datang kepada para imam untuk mengetahui kehendak-Ku kerana mereka utusan TUHAN Yang Maha Kuasa.


Mereka akan mengajar umat-Mu mentaati Taurat-Mu; mereka akan mempersembahkan korban di atas mazbah-Mu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan