Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Di lapangan itu, dekat pintu gerbang, Ezra membaca Taurat itu kepada mereka dari pagi hingga tengah hari, dan mereka semua mendengar dengan penuh perhatian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Dengan menghadap ke arah lapangan, di depan Pintu Gerbang Air, dibacanya kitab itu dari pagi sampai tengah hari di hadapan para lelaki, perempuan, dan semua orang yang dapat mendengar serta mengerti. Seluruh rakyat mendengar baik-baik pembacaan Kitab Suci Taurat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Di lapangan itu, dekat pintu gerbang, Ezra membaca Taurat itu kepada mereka dari pagi hingga tengah hari, dan mereka semua mendengar dengan penuh perhatian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:3
25 Iomraidhean Croise  

menyertai para pemimpin kami dan bersumpah bahawa kami akan hidup menurut hukum Allah yang telah diberikan-Nya melalui hamba-Nya Musa. Kami bersumpah untuk mentaati segala perintah yang diberikan kepada kami oleh TUHAN, iaitu Tuhan kami; kami bersumpah untuk mematuhi semua hukum dan peraturan-Nya. Biarlah Allah mengutuk kami jika kami tidak menepati perjanjian ini.


Pada waktu Taurat Musa dibacakan kepada rakyat, mereka mendengar bahawa orang Amon dan Moab tidak dibenarkan bergabung dengan umat Allah.


Pada bulan ketujuh, orang Israel telah menetap di kota masing-masing. Pada hari pertama bulan itu, mereka semua berkumpul di Yerusalem, di lapangan dekat Pintu Gerbang Air. Mereka minta supaya kitab Taurat diambil oleh Imam Ezra, seorang ahli dalam Taurat yang diberikan TUHAN kepada Israel melalui Musa.


Tiap-tiap hari, dari hari pertama perayaan itu sehingga hari terakhir, Ezra membaca sebahagian daripada Taurat Allah kepada mereka. Mereka merayakan perayaan itu selama tujuh hari, dan pada hari kelapan mereka mengadakan upacara penutup menurut peraturan Taurat.


Ezra berdiri di atas pentas kayu yang dibina khas untuk maksud itu. Matica, Sema, Anaya, Uria, Hilkia, dan Maaseya berdiri di sebelah kanannya; sedangkan Pedaya, Misael, Malkia, Hasum, Hasbadana, Zakharia, dan Mesulam berdiri di sebelah kirinya.


Pentas tempat Ezra berdiri lebih tinggi daripada semua orang itu, sehingga mereka dapat melihat Ezra. Sebaik sahaja Ezra membuka kitab itu, mereka semua berdiri.


Daud menyebut Penyelamat yang diutus oleh Allah itu ‘Tuhan’. Bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?” Orang ramai di Rumah Tuhan suka mendengar ajaran Yesus.


Tetapi mereka tidak mendapat peluang, kerana orang ramai sentiasa mendengarkan Dia dan tidak mahu terlepas sepatah kata pun.


Oleh itu perhatikanlah apa yang kamu dengar. Seseorang yang mempunyai sesuatu akan diberi lebih banyak lagi, tetapi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang disangka ada padanya akan diambil juga.”


Setelah Taurat Musa dan Kitab Nabi-Nabi dibacakan, para pemimpin rumah ibadat itu menyuruh orang berkata kepada Paulus dan rakannya, “Saudara-saudara, jika ada nasihat untuk menggalakkan orang di sini, silalah katakan.”


Orang yang tinggal di Yerusalem dan pemimpin-pemimpin mereka tidak sedar bahawa Dialah Penyelamat itu. Mereka tidak memahami ajaran nabi-nabi yang dibacakan setiap hari Sabat, sehingga mereka menghukum Yesus. Tetapi melalui perbuatan mereka itu berlakulah apa yang sudah dikatakan oleh nabi-nabi.


Hal itu demikian, kerana sejak dahulu Taurat Musa telah dibacakan di rumah-rumah ibadat pada setiap hari Sabat, dan diberitakan di setiap kota.”


Salah seorang pendengar kami bernama Lidia, pedagang kain ungu yang mahal. Dia berasal dari Tiatira dan dia mengasihi Allah. Oleh itu Tuhan membuka fikirannya sehingga dia menyambut ajaran Paulus.


Fikiran orang di situ lebih terbuka daripada fikiran orang di Tesalonika. Mereka suka sekali mendengar perkhabaran tentang Yesus, dan tiap-tiap hari mereka mengkaji Alkitab untuk mengetahui sama ada ajaran Paulus itu benar.


Kemudian Paulus naik kembali, lalu membahagikan roti dan makan bersama. Setelah lama bercakap dengan mereka, sehingga matahari terbit, Paulus berangkat.


Pada petang Sabtu kami berkumpul untuk makan bersama-sama saudara seiman. Kerana Paulus akan berangkat esoknya, dia mengajar orang di situ. Dia berkata-kata terus sehingga tengah malam.


Oleh itu mereka dan Paulus menetapkan satu hari untuk bertemu. Pada hari itu banyak orang datang ke tempat tinggal Paulus. Dari pagi hingga petang Paulus menjelaskan ajarannya tentang Pemerintahan Allah. Dia berusaha untuk meyakinkan mereka tentang Yesus dengan menggunakan ayat-ayat dari Taurat Musa dan Kitab Nabi-Nabi.


Kemudian Musa menulis Taurat Allah itu dan memberikannya kepada imam-imam Lewi yang mengurus Tabut Perjanjian TUHAN dan kepada para pemimpin umat Israel.


Kami mempunyai alasan lain yang menyebabkan kami sentiasa bersyukur kepada Allah. Ketika kami menyampaikan perkhabaran Allah kepada kamu, kamu mendengar dan menyambutnya bukan sebagai perkhabaran daripada manusia, tetapi sebagai perkhabaran daripada Allah. Memang perkhabaran itu daripada Allah! Allah bekerja dalam diri kamu yang percaya kepada Kristus.


Tiap-tiap perintah Musa dibacakan oleh Yosua di hadapan semua umat, termasuk kaum perempuan dan kanak-kanak, serta orang asing yang tinggal di kalangan mereka.


Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah!”


Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan