Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:17 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Semua orang yang sudah kembali dari pembuangan membuat pondok dan tinggal di situ. Inilah kali pertama hal itu dilakukan sejak zaman Yosua anak Nun. Mereka semua gembira dan bahagia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

17 Seluruh jemaah yang kembali dari tempat penawanan itu membuat pondok-pondok dan tinggal di dalamnya. Hal itu belum pernah dilakukan oleh orang Israel sejak zaman Yosua anak Nun sampai hari itu. Demikianlah ada kesukaan yang amat besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Semua orang yang sudah kembali dari pembuangan membuat pondok dan tinggal di situ. Inilah kali pertama hal itu dilakukan sejak zaman Yosua anak Nun. Mereka semua gembira dan bahagia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:17
13 Iomraidhean Croise  

Pada hari itu mereka makan dan minum dengan gembira di hadapan TUHAN. Kemudian untuk kali kedua mereka mengisyhtiharkan Salomo sebagai raja. Atas nama TUHAN, mereka melantik Salomo menjadi raja, dan Zadok menjadi imam.


Seluruh kota Yerusalem bersukacita, kerana sejak pemerintahan Raja Salomo putera Raja Daud, belum pernah perkara seperti ini berlaku.


Sejak zaman Nabi Samuel, belum pernah Paska dirayakan secara besar-besaran seperti itu. Tiada seorang pun di kalangan raja-raja Israel yang pernah merayakan Perayaan Paska seperti yang dirayakan oleh Raja Yosia, para imam, orang Lewi, dan penduduk Yehuda, Israel, serta Yerusalem,


Baginda mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN menurut peraturan Taurat Musa bagi tiap-tiap perayaan yang ditetapkan: hari Sabat, Perayaan Bulan Baru, dan tiga lagi perayaan tahunan, iaitu Perayaan Roti Tidak Beragi, Perayaan Menuai, dan Perayaan Pondok Daun.


Mereka juga merayakan Perayaan Pondok Daun menurut peraturan yang ditetapkan; tiap-tiap hari mereka mempersembahkan korban yang ditetapkan untuk hari itu.


Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita.


Hormatilah TUHAN, Allah kamu dengan merayakan perayaan ini selama tujuh hari di satu tempat ibadat itu. Bersukacitalah kerana TUHAN sudah memberkati tuaian dan pekerjaan kamu.


Semua orang ini beriman sampai mati. Mereka tidak menerima perkara-perkara yang dijanjikan oleh Allah, tetapi dari jauh mereka nampak dan menyambutnya. Mereka mengaku dengan terang-terang bahawa mereka hanyalah orang asing dan pengembara di bumi ini.


Kerana beriman, Abraham tinggal sebagai orang asing di negeri yang dijanjikan oleh Allah kepadanya. Dia tinggal di khemah dengan Ishak dan Yakub, yang menerima janji yang sama daripada Allah.


Sekiranya Yosua sudah memberi mereka rehat yang dijanjikan oleh Allah, tentu Allah tidak akan berfirman lagi tentang suatu hari yang lain.


Selepas kematian Musa hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Yosua anak Nun, penolong Musa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan