Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Kemudian semua orang itu pulang. Mereka makan dan minum sambil bersukacita, serta membahagikan makanan kepada orang lain, kerana mereka faham akan makna pembacaan yang didengar mereka itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Lalu seluruh rakyat pergi untuk makan, minum, saling mengirim makanan, dan mengadakan pesta besar, kerana mereka sudah memahami kata-kata yang disampaikan kepada mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Kemudian semua orang itu pulang. Mereka makan dan minum sambil bersukacita, serta membahagikan makanan kepada orang lain, kerana mereka faham akan makna pembacaan yang didengar mereka itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:12
25 Iomraidhean Croise  

Pada hari itu mereka makan dan minum dengan gembira di hadapan TUHAN. Kemudian untuk kali kedua mereka mengisyhtiharkan Salomo sebagai raja. Atas nama TUHAN, mereka melantik Salomo menjadi raja, dan Zadok menjadi imam.


Pulanglah dan adakanlah jamuan makan. Bahagikanlah makanan dan wain kamu kepada mereka yang kekurangan. Hari ini hari yang khas bagi Tuhan kita. Oleh itu janganlah berdukacita. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu akan menguatkan kamu.”


Orang Lewi berjalan ke sana sini untuk menenangkan rakyat dan berkata berulang kali, “Janganlah berdukacita pada hari yang khas ini.”


Keesokan harinya, para pemimpin puak, para imam dan orang Lewi pergi kepada Ezra untuk mempelajari ajaran Taurat.


Hal itu demikian kerana pada hari itulah mereka telah mengalahkan musuh, sehingga kesedihan dan kepedihan mereka berubah menjadi kegembiraan dan kebahagiaan. Oleh itu, mereka harus merayakan hari-hari itu dengan pesta dan jamuan serta saling memberikan makanan, dan memberikan sedekah kepada orang miskin.


Perintah-perintah Allah selalu kutaati, aku menurut kehendak-Nya, bukan kehendakku sendiri.


Perintah-Mu adalah pusakaku selama-lamanya; perintah-Mu adalah kesukaan hatiku.


Aku mencintai perintah-Mu lebih daripada emas, lebih daripada emas murni.


Penjelasan ajaran-Mu memberikan cahaya, memberikan pengertian kepada orang jahil.


Aku gemar menurut perintah-Mu, lebih daripada memiliki segala kekayaan.


Aku gemar akan hukum-Mu; aku tidak akan melupakan perintah-Mu.


Aku akan memuji Engkau selalu, kerana Engkau mengajar aku hukum-Mu.


Ya TUHAN, aku berharap supaya diselamatkan oleh-Mu, Taurat-Mu menggembirakan hatiku.


Bagiku, Taurat-Mu lebih berharga daripada segala kekayaan di dunia.


Aku sangat mencintai Taurat-Mu! Aku merenungkannya sepanjang hari.


Engkau berfirman kepadaku, dan aku mendengarkan setiap firman-Mu. Aku milik-Mu, ya TUHAN Allah Yang Maha Kuasa; oleh itu firman-Mu memberikan kesukaan dan kebahagiaan kepadaku.


Mereka bercakap sesama sendiri, “Tidakkah hati kita berasa seperti meluap, ketika Dia berkata-kata kepada kita di tengah jalan dan menerangkan isi Alkitab kepada kita?”


Aku tahu bahawa tidak ada sesuatu pun yang baik dalam diriku, ataupun dalam tabiatku sebagai manusia. Hal itu demikian kerana walaupun ada padaku keinginan untuk berbuat baik, tetapi aku tidak dapat melakukannya.


Penduduk bumi akan bersukacita kerana kematian dua orang saksi ini. Mereka akan merayakannya dan saling mengirim hadiah, kerana kedua-dua orang nabi itu telah mendatangkan banyak kesusahan kepada umat manusia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan